ReformIS

[ Contents | Post ]

Ramadan Dan Perjuangan..

From:
Date: 09 Dec 1999
Time: 21:00:03

Comments

Ramadan Dan Perjuangan..

Ramadan menjelang tiba ,ramai umat islam diseluruh negara mula memperkatakan tentang hari raya seminggu yang lalu.Tetapi jika diambil daripada konsep daripada hari raya itu ialah tanda kemenangan selepas berjaya menghadapi dugaan yang diberikan oleh allah pada bulan Ramadan iaitu berpuasa,bukan setakat menahan diri daripada makan dan minum tetapi juga menahan nafsu amarah yang melingkari dihati manusia.

Telah diriwayatkan bahawa selepas pulang daripada perang badar rasullullah yang berlangsung pada 17 ramadan rasullulah berkata sesungguhnya ada jihad yang lebih besar iaitu jihad menentang hawa nafsu.

Mengambil daripada peristiwa itu kita dapat melihat bahawa bulan puasa itu melambangkan kepada perjuangan yang besar bagi umat islam,perjuangan yang bukan sahaja dari segi lahiriyah tetapi melangkaui daripada itu.Oleh itu jadikanlah Ramadan yang menjelang ini sebagai penguat semangat untuk meneruskan perjuangan murni untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dalam kehidupan kita.Sesungguhnya Ramadan ini adalah satu rahmat daripada allah untuk umatnya sebagai latihan dan seterusnya menjadi medan pertempuran dan perjuangan kepada umat islam agar dapat menegakkan nur islam seantero dunia.

Justeru itu saya menyeru umat islam teruskan perjuangan perubahan atau islah ke arah yang lebih baik samada dalam diri ,keluarga , masyarakat dan seterusnya keperingat negara hatta dunia sekalipun dan rebutlah lah peluang dalam bulan penuh barakah ini untuk kita beramal seterusnya mencapai cita - cita murni reformasi .

Lupakan cara kita sebelum ini yang terlalu mengharapkan kejayaan datang sebelum mula berjuang seperti masyarakat kita yang sering menceritakan hari raya sebelum menjelangnya puasa.Inilah satu sikap yang harus diubah oleh kita.

Tinggalkan kenagan yang lalu menghadapi Ramadan yang lepas dan kenangan hari raya yang lalu.Sekarang masa untuk menghadapi puasa yang baru tiada cerita lama.begitulah juga kemenangan BA di Terengganu dan Kelantan kita wajib bersyukur tetapi dalam masa yang sama meningkatkan usaha untuk mencapai seperti yang Terengganu dan Kelantan perolehi bukanya terus menceritakan cerita yang sudah berlalu.

Kita kan terus lawan sampai menang, jika tidak hari ini minggu depan tidak minggu ini bulan depan tidak bulan ini tahun depan lawan dan terus lawan.Insyallah dengan usaha yang lebih giat lagi kita akan mencapai menegakan islam dan untuk mempastikan keadilan dan kebenaran tidak terinjak oleh mereka yang zalim.

"Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan berpuasa dikalangan kamu sebagaimana telah diwajibkan keatas golongan terdahulu daripada kamu moga-moga kamu menjadi orang yang bertakwa"

Amir

Last changed: December 09, 1999