ReformIS

[ Contents | Post ]

Salah Siapa?

From:
Date: 09 Dec 1999
Time: 20:58:16

Comments

Salah Siapa?

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada WebMaster dan saudara muslimin-muslimat sekalian. Semoga di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, perjuangan kita diberkati Allah SWT.

Tujuan saya menulis bukanlah untuk mengata atau mengumpat tetapi sekadar ingat-mengingatkan sesama kita. Saya yakin Allah SWT mengetahui niat suci saya ini. Jadi tak lah buat dosa kering, nanti kurus pula puasa saya.

Apa yang saya nak sentuh di sini ialah gelagat beberapa pemimpin-pemimpin di beberapa negeri yang dimenangi oleh BN. Pilihanraya sudah seminggu berlalu, tetapi yang meggelikan hati terdapat beberapa masalah yang melanda barisan exco negeri-negeri tersebut, antaranya:-

Tiada calon yang sesuai untuk MB selepas MB lama letak jawatan

Exco yang tidak diperkenan oleh istana

Ahli-ahli bertelagah sesama sendiri seperti Parti Gerakan di Penang dan macam-macam lagi....

Semuanya bercelaru. Pelik betul.... Nampak sangat macam tak ready je bila menang. Cuba bandingkan kerajaan Negeri Trengganu dan Kelantan yang dimenangi oleh PAS. Selepas menang pilihanraya, terus dapat dikenalpasti MB dan ahli-ahli exco tanpa banyak ragam dan kerenah. Segala perancangan telah disusun dengan rapi dan telah bersedia untuk membentuk Kerajaan Negeri. Mungkin ada juga ahli-ahli Exco Kerajaan PAS tu yang suspen yang pikul tanggungjawab. Maklum sahajalah, tanggungjawab sebagai pemimpin ni amat berat, akan disoal oleh Allah SWT diakhirat kelak. Kalau silap, sangkut.

Kalau pemilihan MB dan exco Kerajaan Negeri pun bercelaru, bagaimana masalah-masalah besar yang dihadapi oleh rakyat dapat diatasi... haru biru lah jawabnya. Nampak gayanya, rakyat negeri-negeri tersebut yang mengundi BN kena renungkan sejenak keputusan yang mereka buat... namun begitu jangan risau.... Masih ada peluang untuk buat perubahan.

Lagi satu, gelagat badut pemimpin-pemimpin BN ni ialah asyik nak menunding jari pada orang lain bila kalah atau hampir kalah. Masing-masing tak nak mengaku salah. Tapi saya hormat komen Najib Tun Razak yang hampir kalah di Pekan pada calon PAS tapi menang sebab undi POS. Kalau tidak ... Najib pun tinggal sejarah lah. Tak tahulah samada komen beliau ni ikhlas ke tidak (harap-harap ikhlas la). Najib kata yang kalah tu kenalah cerminkan diri sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain. Mungkin ada panau ke, kurap ke, kudis ke, pekung ke yang tak nampak selama ni bersarang kat badan. Maklumlah asyik dok perati salah orang je, salah sendiri tak perasan.

Tapi pada pendapat sayalah, pemimpin BN especially UMNO tak perlulah bersusah payah nak melilau tunding jari pada orang lain bila kalah. Kesalahan utama dan orang yang yang sebenar-benarnya yang harus dipertanggungjawabkan tidak lain dan tidak bukan ialah MAHAFIRAUN sendiri. Cuba kita fikirkan:-

1. Jika MAHAFIRAUN tidak menyiksa, menfitnah, memenjara SDR ANWAR IBRAHIM mungkin orang Melayu masih lagi menyokong UMNO.

2. Jika tidak kerana dia menghina Rasulullah dan ulamak, mungkin PAS tidak dapat memerintah atau menang tipis di Trengganu. Golongan ulamak pula mungkin tidak bergiat secara aktif dalam politik.

3. Jika dia tidak membazirkan wang rakyat seperti membina KLCC, KLIA, Litar Formula 1, Putrajaya, mahligai airmata, KL Tower, mungkin BA tidak dapat menembusi negeri Pahang atau Perak.

4. Jika dia tidak menghina orang Melayu dengan mengatakan orang Melayu terlalu sensitif, mungkin PAS tidak dapat memenangi sebegitu banyak kerusi di Kedah dan hampir memalukan MAHAFIRAUN sendiri.

5. Jika dia tidak menghina pelajar Melayu dan para akademis Melayu, sokongan yang diberikan oleh golongan ini kepada BA tidak begitu ketara

Cukuplah setakat ini senarai kesilapan-kesilapan MAHAFIRAUN yang menyebabkan orang Melayu menolak BN dan UMNO khasnya. Banyak lagi. Tapi malas nak tulis. Dialah yang haru dipertanggungjawabkan diatas kekalahan memalukan di Trengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Dia juga harus turun dari takhtanya selain daripada Wan Mokhtar dan Sanusi Junid.

MAHAFIRAUN lah yang harus dipersalahkan......

Last changed: December 09, 1999