ReformIS

[ Contents | Post ]

Teruskan rundingan

From:
Date: 09 Dec 1999
Time: 20:47:31

Comments

Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan PAS perlu berunding dengan semua sektor masyarakat di dalam dan luar negeri itu sebelum rang undang-undang Kharaj atau cukai ke atas orang bukan Islam diperkenalkan, kata Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Kit Siang.

Beliau berkata ini akan menunjukkan bahawa parti-parti dalam Barisan Alternatif adalah lebih komited daripada Barisan Nasional terhadap prinsip perundingan, kebertanggungjawapan dan ketelusan umum.

+ Rakyat mengalu-alukan saranan DAP ini kerana kita semua harus ikuti perlembagaan dan undang-undang. Yang menjadi masalah adalah apabila media BN mempolitikkan isu ini.

Last changed: December 09, 1999