ReformIS

[ Contents | Post ]

Kebijaksanaan Allah Itu Terbukti

From:
Date: 09 Dec 1999
Time: 02:18:35

Comments

Kebijaksanaan Allah Itu Terbukti

Tahniah kepada semua webmaster yang telah memberi sumbangan besar kepada gerakan reformasi negara ini. Perjuangan ini pastinya tidak mendapat sebarang ganjaran dunia malah untuk merasa terkenal pun kerana tiada siapa mengenali anda kecuali anda sendiri. Namun siapa pun tidak dapat menafi dan meremehkan perjuangan dan sumbangan anda. Apalah yang ada kepada pembangkang kecuali akhbar dwi-mingguan. Hasilnya laman-laman web reformasi menjadi penyumbang utama dengan berita terkini dalam pelbagai bentuk yang jauh lebih menarik.

Barangkali tanpa pendedahan oleh webmaster-webmaster reformasi, kejayaan pembangkang tidak sebegini besar. Barangkali Negeri Selangor, Perak dan Pahang tidak akan berubah begitu cepat dan barangkali juga Negeri Terengganu tidak sampai jatuh tersungkur. Webmaster reformasi tidak boleh sama sekali merasa keciwa kerana matlamat menumbangkan sebuah pemerintah zalim belum berhasil. Webmaster-webmaster dan kita semua seharusnya (dan sememangnya) bersyukur kepada Allah di atas pencapaian setakat ini. Kejayaan ini sebenarnya sudah cukup besar dengan usia internet yang sangat muda. Kurniaan Allah ini sangat besar maknanya dan pasti ada hikmahnya.

Pada saya, Allah telah mengkabulkan doa dan usaha kita. Cara Allah melaksanakan rancanganNYA cukup bijaksana. Pertama Allah rampas dua negeri yang kaya (Kelantan belum dapat menunjukkan kekayaannya) dengan tujuan untuk melemahkan sedikit pemerintahan MAHAFIRAUN. Barangkali mereka rasa malu sedikit untuk sewenang-wenangnya menggunakan wang Petronas yang diambil dari negeri PAS. Kemudian mereka rasa sedar bahawa sebahagian besar orang Melayu bukan bersama mereka lagi. Kemudian dari itu mereka juga harus sedar akan negeri-negeri lain yang sedia menunggu untuk menjejaki Kelantan dan Terengganu. Sedikit mereka lalai, mereka akan menyesal selama-lamanya.

Saya membayangkan kenapa Allah memberikan kemenangan sebegini rupa kepada rakyat.

1. Agar kita tidak mudah lupa daratan

2. Agar kita tidak berputus asa

3. Agar kita meneruskan perjuangan kerana Allah

4. Agar kerajaan MAHAFIRAUN berfikir dan insaf

5. Allah memberi peluang kepada kerajaan MAHAFIRAUN untuk membuat perubahan

6. Jika berlaku kemenangan mengejut, mungkin akan terjadi huru-hara yang sengaja dicetuskan oleh orang yang keciwa. Akibatnya hasrat kita untuk membina semula negara ini akan musnah.

7. Kawasan-kawasan yang dapat dimenangi oleh PAS ialah Melayu Islam yang tulen. Kawasan lain pastinya sebahagian orang Melayunya belum mengenali Islam sepenuhnya. Mereka kenal Islam sebagaimana orang UMNO lain mengenal Islam. Oleh yang demikian tidak ada guna Allah memenangkan kawasan ini kerana kemenangan itu tidak akan kekal.

Menunggu LIMA tahun lagi tidaklah lama. Orang-orang berkuasa hari ini, esok mereka akan hilang kuasa. Hari ini mereka lakukan kejahatan, esok lusa mereka dikalahkan. Sejarah telah membuktikan siapa sahaja yang zalim di dunia ini tidak pernah berjaya. Kejahatan mereka akan terbongkar sebelum mereka meninggalkan dunia ini. Hari ini mereka jatuhkan orang, esok lusa orang akan jatuhkan mereka balik. Dalam UMNO sendiri berlaku setiap waktu. Kalau pemimpin itu tidak dijatuhkan oleh parti, ia akan dijatuhkan oleh rakyat.

Suatu ketika dulu kerajaan Terengganu menganianyai PAS, hari ini mereka jatuh. Dulu mereka jatuhkan pemimpin mereka sendiri yang tidak sebulu dengan mereka. Hari ini seluruh pemimpin UMNO Terengganu dijatuhkan oleh rakyat. Lihatlah keajaiban itu. Kalau ini hendak dijadikan pengajaran, ia sebenarnya lebih dari mencukupi untuk kita kembali ke pangkal jalan.

mohad

Last changed: December 09, 1999