ReformIS

[ Contents | Post ]

Kes MB Kedah masih belum selesai

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 19:19:48

Comments

Berkata Syed Razak:

"Saya tidak kata saya yang bakal dilantik ke jawatan itu. Saya sendiri tidak tahu siapa calonnya. Keputusan itu di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad," katanya kepada pemberita di majlis kesyukuran Barisan Nasional Kubang Rotan. Beliau adalah Anggota Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan.

Ura-ura bahawa Syed Razak, 55, bakal dilantik ke jawatan itu timbul berikutan dua pertemuannya dengan Dr Mahathir semalam dan Isnin lalu di Putrajaya.

"Saya berjumpa Perdana Menteri untuk membincangkan mengenai perkembangan politik negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata pihak media boleh mendapatkan maklumat siapa yang bakal dilantik ke jawatan itu daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana urusan pelantikan ialah antara pejabat Perdana Menteri dan pejabat SUK.

Pada 4 Dis lepas, Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid mengumumkan tidak akan menerima tawaran atau menyambung tugasnya kerana bertanggungjawab terhadap kekalahan beberapa kerusi Barisan Nasional pada pilihan raya umum baru-baru ini.

BN masih mampu membentuk kerajaan di negeri ini dengan memenangi 24 daripada 36 kerusi negeri. Ia juga menang tujuh daripada 15 kerusi parlimen.

Syed Razak juga berkata beliau bersedia memberi khidmat kepada dua lagi kawasan dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah iaitu Anak Bukit dan Pengkalan Kundor, yang kini diwakili oleh PAS.

Kubang Rotan juga terletak dalam kawasan parlimen yang sama.

"Walaupun BN kalah di situ, saya masih mampu memberikan khidmat. Apa yang penting ialah rapatkan kembali perpaduan," katanya.

+ Nampaknya Syed Razak juga bermain silap mata dengan kita. Kita fahamlah mengapa dia buat sedemikian sebab kena tunggu perkenan Sultan Kedah. Memang menarik keadaan di Kedah. Tahun 2004-5, BA akan pegang tampuk pemerintahan.

Last changed: December 08, 1999