ReformIS

[ Contents | Post ]

Relevankah pendapat Haman ini?

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 02:52:54

Comments

Langkah kerajaan Pas Terengganu mengenakan kharaj atau cukai kepada bukan Islam, akan menyebabkan mereka terpaksa membayar cukai dua kali sehingga mencecah 38 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman, berkata tindakan itu juga akan menakutkan lagi orang bukan Islam kepada agama Islam kerana Kerajaan Pusat sudah mengenakan cukai kepada peniaga 28 peratus.

Beliau berkata, kharaj atau cukai kepada peniaga bukan Islam bukanlah perkara baru kerana konsep kharaj selaras dengan cukai pendapatan yang dikenakan kepada peniaga atau mereka yang terbabit dalam kegiatan ekonomi.

"Kharaj atau cukai di negara ini agak sederhana, iaitu 28 peratus kepada peniaga, bukan saja kepada orang Islam tetapi juga kepada bukan Islam. Jika mana-mana pihak mengenakan lebih tinggi, ia akan menakutkan pelabur.

"Jika pelabur tidak datang kerana cukai yang terlalu tinggi, ia akan memberi kesan ekonomi dan sosial kepada rakyat terutama terhadap generasi muda," katanya.

+ Apakah relevan pendapat Hamid Othman yang sudah kalah pilihanraya? Dia tak tahu malukah? Kalau dah kalah buat cara kalahlah. Tak payah nak buat tugas rasmi sebab dia telah ditolak rakyat.

Last changed: December 08, 1999