ReformIS

[ Contents | Post ]

RAMADAN : KAKITANGAN KERAJAAN T'GANU PULANG 3 PETANG

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 01:58:15

Comments

Kakitangan kerajaan Terengganu akan diberi pelepasan kerja pada pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan ini bagi memberi peluang kepada mereka membuat persiapan untuk berbuka puasa.

Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang berkata ini memandangkan masyarakat Islam tidak menggunakan waktu makan tengah hari untuk keluar kerana mereka berpuasa.

Ketika bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata bagi kakitangan kerajaan bukan Islam, mereka juga boleh balik awal seperti orang Islam dan waktu makan tengah hari mereka adalah seperti biasa.

Pelepasan itu sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan yang membenarkan kakitangan kerajaan negeri itu balik awal pada bulan puasa.

Abdul Hadi juga menafikan ura-ura kononnya kerajaan negeri akan membeli kereta baru bagi menggantikan yang sedia ada.

"Kerajaan negeri dah buat keputusan tak mahu beli kereta baru," katanya.

Last changed: December 08, 1999