ReformIS

[ Contents | Post ]

Himpunan Kesyukuran BA Wilayah Persekutuan

From:
Date: 08 Dec 1999
Time: 01:35:21

Comments

Malam tadi di Pusat Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, satu keganjilan telah berlaku yang mana begitu ramai rakyat telah hadir. Adalah dianggarkan lebih 15,000 orang telah hadir seolah-olah pilihanraya umum akan diadakan esoknya.

Sambutan luar biasa ini memberikan jawapan tepat dan jelas bahawa program-program BA terus mendapat perhatian rakyat marhain.

Dua tokoh utama PAS telah memberikan ceramah iaitu YB Mat Sabu dan Sdr Subky Latiff.

Sdr Subky dalam ceramahnya mengatakan betapa beliau menyahut gesaan pucuk pimpinan PAS untuk menentang MM di Kubang Pasu. Beliau menganggap pemilihan pucuk pimpinan ini bukan kerana beliau ahli atau AJK PAS yang terbaik. Cuma sekadar menunjukkan komitmen tinggi PAS untuk menumbangkan MM di Kubang Pasu.

Pengalaman beliau semasa pilihanraya umum ini boleh disimpulkan seperti berikut:-

- MM telah menggunakan BTN dan SB dalam kempen pilihanraya ini.

- sambutan rakyat terhadap kempen PAS mendapat sambutan luar biasa.

- rakyat jelata ramai yang bencikan MM

- pemilihan tarikh pilihanraya ini menunjukkan bahawa MM seorang PM yang tidak bertanggungjawab kerana pada waktu itu musim hujan/banjir, musim peperiksaan SPM/STPM serta pembubaran Dewan Rakyat sewaktu bersidang seterusnya cadangan Belanjawan BN tidak dapat dibincangkan dan diterima.

- sebenarnya majoriti yang diterima oleh MM adalah sekitar 5,000 sahaja kerana usaha-usaha kotor MM untuk meningkatkan majoriti undi.

Pengalaman YB Mat Sabu pula boleh disimpulkan seperti berikut:-

- waktu kempen begitu pendek dan beliau mendapati sukar untuk berkempen di tempat yang baru.

- menerima pemilihan pucuk pimpinan PAS sebagai tanggungjawab seperti juga Sdr Subky Latiff.

- taktik-taktik kotor digunakan BN untuk meraih undi melalui kempen yang menyalahi akta pengiklanan.

- tumbangnya ulamak-ulamak UMNO seperti Hamid Othman.

- tumbangnya mulut murai UMNO di Yan.

- tumbangnya Kit Siang/Karpal merugikan rakyat dan kaum Cina.

- akan berlaku pilihanraya kecil yang cabar.

Kesimpulannya adalah masa depan politik negara ini berpihak kepada BA. Orang Melayu telah melakukan perubahan dan wajarlah kaum bukan melayu berubah sama.

Reformasi......Reformasi......Reformasi

Webmaster ReformIS

Last changed: December 08, 1999