ReformIS

[ Contents | Post ]

Isa terpinga-pinga

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 23:52:22

Comments

Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad malam ini berkata tidak ada sebarang campur tangan daripada istana berhubung pelantikan Menteri Besar dan anggota exco kerajaan negeri.

"Tiada sebarang masalah berhubung pelantikan itu," katanya kepada pemberita selepas menyertai majlis melihat anak bulan Ramadan di Teluk Kemang malam ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai desas desus kononnya terdapat campur tangan istana menyebabkan Menteri Besar dan anggota exco belum lagi mengangkat sumpah memegang jawatan.

"Kita tidak tergesa-gesa untuk mengangkat sumpah. Tarikhnya akan ditetapkan," katanya. Semalam, Mohamed Isa menghadap Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja'afar di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah bagi menyerahkan surat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan parti supaya beliau menerajui kerajaan negeri untuk penggal kelima serta cadangan nama-nama anggota exco kerajaan negeri.

+ Kalau benar tidak ada masalah, mengapa jadi begini? Ya desas-desus mengatakan bahawa YD Pertuan Negeri tidak merestui perlantikan Isa sebagai MB. Mungkin sebab kes khinzir, JE dan Nipah.

Last changed: December 07, 1999