ReformIS

[ Contents | Post ]

ALLAH, Dulu, Kini dan Selamanya...

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 23:34:07

Comments

ALLAH, Dulu, Kini dan Selamanya...

Kepada Rakan Seperjuangan,

Semoga hati kita semua terubat dari kekecewaan tidak mendapat mandat untuk memerintah negara pada kali ini...

Namun kita mesti sentiasa ingat, UMNO dulu, kini dan selamanya tidak akan kekal...

Yang kekal dan sepatutnya ialah ALLAH, Dulu, Kini dan Selamanya

Ini adalah permulaan kepada kejayaan kita dalam masa lima tahun lagi.. Agar kita terus berusaha membuka minda rakyat Malaysia yang tersohor ini.. UMNO tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kemenangan ini kerana pelbagai kemudahan jentera pilihanraya di pihak mereka...

Secara teori nya mereka telah tewas.. dengan media di pihak mereka dan agensi-agensi kerajaan dan swasta (kroni) membantu... majoriti mereka nampaknya semakin kurang... menang dengan majoriti yang sikit...

Percayalah.. yakinlah...mereka akan tumbang juga... Tapi kita perlu bergerak dan berusaha dari sekarang untuk pilihanraya yang akan datang... tunjukkan sikap diri kita yang sopan dan baik di sisi masyarakat...

Tawan hati mereka dari sekarang.. Tunjukkan kebolehan kita memimpin masyarakat di tempat masing-masing...

Kepada anak bangsa, belikan lah komputer untuk keluarga anda di kampong...ajar mereka baik yang tua dan muda kegunaan teknologi ini...termasuk kemudahan internet.... Di sini lah antara senjata kita untuk menyampai kan mesej kita dan kelemahan pihak UMNO dan BN...

Kemudahan internet tidak dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat desa dan warga lama. Pastikan mereka didedahkan...

Pastikan rakan kita yang telah cukup umur mendaftar untuk mengundi apabila daftar pengundi dijalankan...jangan ambil mudah perkara ini...

Bawa lah keluarga kita sesekali bercuti di negeri-negeri yang di perintah oleh PAS...

Untuk membuktikan perubahan tampuk pemerintahan tidak akan menjadikan kita lebih mundur atau lainnya...

Kekalahan ini mungkin mengandungi rahmat yang tersembunyi .... Hanya Allah yang mengetahui... mungkin persefahaman kita belum begitu mantap untuk membentuk kerajaan yang dinamik... seterusnya membawa negara kita ke arah yang lebih hebat..

Mungkin sekiranya Barisan kita menang.. Pihak penyokong BN yang masih ramai akan memporak perandakan negara kita dengan hasrat memberitahu rakyat bahawa BA tidak pandai memerintah.. atau juga disebabkan persefahaman yang belum mantap ini akan hanya membuatkan barisan baru meneruskan kesinabungan cara UMNO yang kita jijik kan selama ini...

Segalanya mungkin berlaku.. Jika di lihat dari segi logik akal saya yang masih baru.. Kebanyakkan pemimpin dalam barisan kita terutamanya penyokong UMNO yang berpaling kerana kes SDR ANWAR IBRAHIM, boleh dikatakan ' coming from the same school of taught'

Jadi cara dan pimpinan mereka masih boleh di asah untuk lima tahun yang akan datang agar dapat memberi manafaat kepada sekelian rakyat... KOTA ROME TIDAK DIBINA DALAM MASA SEHARI...

Lagi lima tahun... penyokong kita akan bertambah ramai...penyokong BN yang tua juga mungkin telah dipanggil Allah... Percaya lah... The next round we will wipe the whole country clean with our voters.... RAPATKAN BARISAN ALTERNATIF KITA...

Sekian...

Beranak Ampek Den Tunggu Juo - BA

THE TRUE TAMPIN TEAM NSDK.

Last changed: December 07, 1999