ReformIS

[ Contents | Post ]

(Betul Ke ni )AKIBAT TIADA SIAPA YANG LAYAK JADI MB

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 23:20:07

Comments

(Betul Ke ni )AKIBAT TIADA SIAPA YANG LAYAK JADI MB

7 ADUN UMNO AKAN LOMPAT KEPADA PAS?

DESAS-desus bertiup kencang apabila Sanusi dengan terbuka membuat kenyataan tidak mahu lagi menjadi MB Kedah. Mahathir juga dengan muka selamba menerima hasrat Sanusi itu. Sahabat-sahabat Sanusi di seluruh negara rata-rata setuju dengan niat Sanusi itu.

Ramai berpendapat calon-calon Umno yang menang selain Sanusi Junid tidak mempunyai kelayakan untuk menjawat jawatan MB. Malah Sanusi pernah mengesahkah "Kita di Kedah ini tidak nampak sesiapa pun yang layak jadi pemimpin selain Dr Mahathir".

Jika dilihat muka-mula lama yang memenangi semula kerusi mereka iaitu: Sanusi Junid, Syed Razak Syed Zain, Md Hasan Bulat, Abu Hassan Sarif, Barishah @ Habshah Saad, Ahmad Bashah Md Hanipah, Abdul Razak Hashim dan Zainol Md Isa, kesemua ini memang tidak berkelayakan. Md Hasan Bulat, walaupun seorang bekas guru, masih tidak berkemampuan untuk berhujah dengan barisan ADUN dari PAS. Syed Razak, Zainol Md Isa atau Zainol Toyu, Ahmad Bashah dan semuanya itu memang tidak mampu menjadi ketua. Mereka ini hanyalah YES MAN kepada Sanusi Junit. Buktinya apabila Sanusi memberi kata dua kepada mereka yang masih menyokong Osman Aroff, sama ada mahu setia kepadanya atau letak jawatan. Kesemua mereka mengangguk-angguk macam burung kakak tua.

Antara orang-orang baru, Prof Othman Ishak yang menang di Jitra, dilihat lebih baik dari orang-orang baru yang lain. Tetapi disebabkan Othman ini mempunyai skandel seks yang menunggu hari untuk didedahkan, dipercayai tidak akan dilantik. Sekiraya Md. Rozai Shafian (Sg Tiang) dilantik, dia akan menjadi sasaran pemimpin Umno yang lain dan juga ahli-ahli Umno. Ini kerana Rozai adalah kroni kepada Sanusi Junit. Fadzil Hanafi (Tanjung Seri) yang sering muncul di TV sebagai pengacara, sememangnya tidak berkemampuan menjadi ketua. Dia lebih mampu menjadi pak turut. Mohd Hadzir Ismail (Kuala Ketil) belum pernah berjasa kepada Umno. Muka-muka baru lain seperti Mat Akhair Shafie, Marlia Abd Latiff, Rosnah Abdul Majid dan Osman Md Aji lebih awal lagi disingkirkan dari jawatan MB.

Mungkin Umno Kedah akan membuat sejarah baru. MCA dengan Chong Itt Chew, Yong Pau Chak, Beh Heng Seong dan Tan Hong Eng boleh menjadi alternatif calon MB. Apa salahnya mendapat seorang MB berbangsa Cina. Malah cadangan MB bangsa Cina ini tentulah akan mendapat sokongan dari Gerakan iaitu Cheung Khai Yan, Fong Chok Gin dan MIC M Joseph Philomin a/l Joseph Fernandez dan V Saravanan yang memang telah lama mengidam kerusi MB.

Nyatalah Umno tidak mempunyai tokoh untuk jawatan MB. ADUN-ADUN PAS yang sememangnya bersih dari rasuah dan berjumlah 12 orang itu dikira layak. Tetapi oleh kerana Umno mempunyai kelebihan iaitu 16 kerusi berbanding PAS 12, menjadikan PAS tidak boleh berkuasa.

Kemungkinan-kemungkinan yang ada sekarang ialah, apabila seramai 7 orang ADUN Umno akan keluar parti dan menyertai PAS semakin hebat diperkatakan. Lebih-lebih lagi semasa sidang akhbar Sanusi Junit yang memalukan itu, di mana tidak ada seorang pun ADUN Umno di situ. Apa yang dapatdibuat gambaran ialah semua ADUN-ADUN Umno itu sudah tidak lagi mempercayai Sanusi. Mereka mahu mengajar Sanusi dan menghina Sanusi apabila dia tidak lagi mempunyai kuasa. "BARU PADAN MUKA SANUSI, DULU BOLEHLAH EK" kata seorang penyokong kuat Umno. (EK - eksyen)

ADUN-ADUN Umno yang dijangka akan keluar parti dan menyertai PAS itu banyak bilangannya. Ada yang mengatakan sehingga 10 orang. Desas-desus yang boleh bertiup kencang ialah 7 orang. Mereka ini akan menjejaki langkah yang dibuat oleh dua orang ADUN Gerakan yang keluar parti.

Sekiranya benar 7 orang ADUN Umno menyertai PAS, PAS dikira sudah mempunyai simple majority dalam DUN Kedah. Dengan ini hasrat PAS untuk mengetuai Kerajaan Kedah boleh tertunai. Tanda tanya sekarang ialah siapa di antara ADUN Umno yang mahu menyatakan secara terbuka. Adakah mereka berani berbuat demikian. Apakah mereka juga mempunyai fail-fail rasuah yang dipegang oleh Mahathir? Secara rambangnya muka-muka baru dari Umno masih lagi bersih rekod mereka. Faktor inilah yang membuatkan Mahathir tidak tidor lena. Mereka mungkin akan menyeberang kepada PAS beramai-ramai sekiranya Sanusi Junit dilantik semula sebagai MB.

Apakah PAS mahu? Persoalan ini juga menjadi tanda tanya. Hasrat PAS memerintah Kedah sememangnya telah lama ada. Mungkin dalam soal ini PAS tidak secara terbuka menawarkan jawatan-jawatan exco kepada mereka, kerana perjuangan PAS bukanlah untuk kebendaan. PAS lebih mementingkan khidmat kepada rakyat. PAS tidak pernah menggunakan kedudukan MB dan exco untuk tujuan mengaut kekayaan negeri. Contoh-contoh seperti ini telah ditunjukkan oleh PAS Kelantan. Malah baru-baru ini Ustaz Hadi Awang mengumumkan beliau tidak akan berpindah ke kediaman resmi MB Trengganu setelah menjadi MB Trengganu.

Senario tidak menarik nafsu ADUN-ADUN Umno yang teringin menyertai PAS atas dasar mahu kekayaan dan keuntungan dunia. Mereka akan tertarik dengan tawaran-tawaran kekayaan negara yang Umno boleh berikan. Tetapi ramai berpendapat, keputusan pilihanraya yang lalu menunjukkan majoriti orang melayu sudah tidak menaroh harapan kepada Umno lagi. Ramai berpendapat orang Melayu merasakan Umno akan mati selepas ini akibat kurangnya sokongan orang Melayu Islam.

Sekiranya faktor di atas diambil kira oleh ADUN-ADUN Umno, demi survival politik diri sendiri, adalah lebih baik mereka memilih menyertai PAS dan membolehkan PAS berkuasa di Negeri Kedah. Sememangnya PAS mampu memerintah Kedah, dengan kewibawaan ADUN yang ada yang bersih dari sebarang maksiat dan rasuah. Oleh kerana bilangan yang kurang sedikit dari Umno, hasrat PAS masih tidak terkabul lagi.

Senario ini pernah terjadi kepada kerajaan BN di Sabah apabila PBS menang tipis DUN Sabah dan memerintah selama 2 hari, berbondong-bondong ADUN PBS keluar parti dan menyertai BN sehingga BN dapat kuasa di Sabah. Tidakkah hal yang serupa ini boleh berlaku kepada BN pula?

Faktor-faktor lain yang mendorong ADUN-ADUN Umno menyertai PAS ialah bilangan ADUN Umno yang ada cuma 16 orang berbanding PAS 12 orang. Kekuatan 16 orang itu hanyalah seperti buih-buih sabun yang boleh hanyut pada bila-bila masa. 16 orang ADUN Umno yang menang itu ternyata tidak mendapat sokongan majoriti kaum Melayu. Mereka hanya boleh menang dengan sokongan kaum-kaum India dan Cina yang memberikan undi kepada mereka. Apakah ADUN-ADUN Umno itu tidak terfikir hal-hal begini. Mereka tentunya akan ditolak pada masa akan datang. Oleh itu sebelum, mereka ditolak oleh pengundi dalam pilihanraya umum 2004, lebih baik mereka menolak Umno.

Andaian 7 orang ADUN Umno akan menyertai PAS ini dibuat setelah orang ramai melihat Umno tidak berkemampuan untuk mencari pemimpin yang berwibawa apabila Sanusi Junit menarik diri dari menjadi MB Kedah. Sekiranya mereka menyertai PAS dan PAS dapat membentuk kerajaan di Kedah, sudah pasti akan disambut baik oleh semua lapisan rakyat. PAS Kedah akan laksanakan segala janji-janjinya seperti yang telah dibuat oleh Kerajaan PAS Trengganu.

Apakah rakyat Kedah tidak suka apabila cuti hujung minggu dijadikan 2 hari (Jumaat dan Sabtu)? Mereka boleh menziarahi ibubapa di kampung setiap hujung minggu. Pegawai-pegawai kerajaan wanita pula akan dapat cuti bersalin 3 bulan. Cukai-cukai pintu dimansuhkan. Sememangnya apa yang dilakukan oleh kerajaan PAS Trengganu itu memberi kebaikan kepada rakyat. Sekarang rakyat Kedah baru nampak kebaikan kerajaan PAS dan rakyat Kedah menggigit jari untuk lima tahun lagi kerana tersilap pilih Umno dan BN menjadi kerajaan.

Sesungguhnya perkembangan di Kedah dilihat menarik dan unik di mana PAS menguasai kerusi Parlimen Kedah dengan 8-7 sebaliknya BN menang DUN 24-12. Sama-samalah kita tunggu perkembangannya. Pada 11 Disember nanti kita akan tahun siapa yang menerajui Kerajaan Negeri Kedah.

CyberCops

Last changed: December 07, 1999