ReformIS

[ Contents | Post ]

Usah diragu proses reformasi dalam DAP

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 19:41:07

Comments

Sejak tiga dekad lepas, jawatan Setiausaha Agung DAP nampaknya yang paling berpengaruh dalam hierarki parti bagi membuat keputusan parti tetapi sekarang terbukti bahawa orangnya dan bukan jawatan yang benar-benar memainkan peranan utama dalam parti.

Walaupun Lim Kit Siang telah melepaskan jawatan Setiausaha Agung selepas menyandang jawatan itu sejak 1969 dan dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan parti baru-baru ini tetapi beliau masih menerajui DAP dengan membuat kritikan dan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dengan kepimpinan negara.

Sebaliknya jawatan Setiausaha Agung yang sekarang dipegang oleh anggota parlimen Kota Melaka Kerk Kim Hock "tidak menonjol".

+ Apa perlu dipertikai hal dalaman DAP? DAP juga sedang direformasikan. Samada DAP dapat menarik sokongan rakyat, itu perkara kedua. Yang utamanya adalah rakyat hilang seorang pendebat hebat di parlimen.

Last changed: December 07, 1999