ReformIS

[ Contents | Post ]

Formula Untuk UMNO/BN Tawan Terengganu 2005

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 03:18:10

Comments

Formula Untuk UMNO/BN Tawan Terengganu 2005

Saya , seorang Pegawai Kerajaan kumpulan A, Profesional dan Iktisas, berkhidmat dengan sebuah jabatan kerajaan persekutuan, di Negeri Terengganu Darul Iman, bukan ahli PAS, UMNO mahupun keADILan. MAHAFIRAUN kata "majoriti senyap " atau orang Terengganu kata "Orang atas pagar " anak jati Terengganu. Sejak tahun 1990, kali pertama layak mengundi, tak pernah undi PAS, tapi tahun ni bukan saja undi PAS , malah kerja 24 jam sehari, separuh mati kerja untuk memastikan UMNO/BN dibunuh dalam pilihanraya ke 10 yang lalu.

Alhamdulillah, penah lelah dan pengorbanan yang dicurahkan, masa, tenaga dan wang ringgit peribadi habis sekitar RM 4,000.00 [ kos beli 1 set komputer dan lain - lain perbelanjaan . bukan nak menyombong, tapi ikhlas, dengan satu tekad UMNO mesti disembelih ] berbaloi. Tapi masih tak puas hati , kerana masih tinggal 4 wakil UMNO lagi. InsyaAllah, dalam pilihanraya ke 11 nanti, saya dan kami Pegawai kumpulan A di Terengganu akan kebumikan bagi 4 DUN lagi.

Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya berkempen secara persendirian dan berjemaah , tak ramai 2 - 3orang saja. Saya secara senyap telah menlancarkan PROJEK MEMBUNUH UMNO TERENGGANU

Bahan kempen yang kami gunakan tak banyak iaitu meliputi 2 perkara saja ;-

1. Gambar dan artikel yang berkaitan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, fitnah, kezaliman, kekejaman, penghinaan, pengaiban dll.

2. Agama Islam. MAHAFIRAUN lawan Tuhan, hina ulamak, tolak hukum islam,

Sumber bahan boleh didapati dengan banyaknya daripda Internet , gambar dan artikel. Saya telah membeli satu set komputer baru yang lengkap dengan internet , berharga RM 2,400.00 , khusus untuk projek membunuh UMNO Terengganu.

Apa yang saya buat, tiap - tiap hari 2 kali sehari, saya akan melayari laman web, mahazalim, MAHAFIRAUN, Al Islah, Doimoi, RPN, Terengganu Baru, dll. Aktiviti yang dibuat ialah, mengutip artikel - artikel yang menarik dan bermutu. Mencetak dan membuat salinan serta mengedarkan kepada kumpulan sasaran.

Kumpulan sasaran utama ialah ahli UMNO dan pengundi atas pagar. Kesannya amat menakjubkan . Fantastik.

Kejayaan membunuh UMNO di Terengganu amat membanggakan saya secara peribadi, terutamanya , keupayaan pejuang - pejuang islam di Parlimen Besut dan DUN Cukai menghapuskan serta membunuh Ulamak Jahat UMNO iaitu, Dato' Dr Yusuf Noor, EXCO Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Bekas Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad.

Hasil pengalaman berkempen, bagi mematikan UMNO , input dan output yang diterima, amat bermanfaat dan boleh digunakan oleh UMNO untuk merampas kembali Terengganu dari PAS.

Ini adalah hasil atau "output" dari pendapat, pandangan, luahan dan kemarahan terutamanya golongan UMNO dan atas pagar.

Sekiranya ahli - ahli UMNO dan Dato'Seri MAHAFIRAUN Bin Mohammad, Presiden UMNO berhajat atau masih menaruh harapan untuk mengambil balik Terengganu, beberapa syor ingin saya utarakan dan perlu dibuat serta dilaksanakan dengan segera , di sini , iaitu ;-

1. Ahli UMNO kena suruh MAHAFIRAUN berhenti lawan Tuhan. Ini kerana, orang - orang Terengganu khususnya orang - orang Melayu dan Islam, masih percaya kepada Tuhan dan menganggap Tuhan itu wujud.

2. Ahli UMNO kena nasihat MAHAFIRAUN berhenti hina ulamak. Ini kerana ulamak - ulamak yang baik masih dihormati di Negeri Terengganu Darul Iman. Dengan sebab itu, 2 orang ULAMAK JAHAT dalam UMNO telah mati dibunuh oleh pejuang - pejuang Islam di Terengganu iatu, Dato' Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad dan Dato' Dr. Yusuf Noor. Ulamak semacam ini tidak diperlukan dan dikehendaki di Terengganu, kerana ianya merosakkan akidah umat Islam.

3. Ahli UMNO kena ajar dan didik MAHAFIRAUN adab dan tertib berkomunikasi dengan ulamak. Orang - orang Terengganu sangat menghormati ulamak yang baik , kerana telah dididik dan diasuh supaya berbudi bahasa dan menghormati alim ulamak, bersopan santun dan bertertib dengannya.

4. Ahli UMNO kena suruh MAHAFIRAUN belajar budaya orang Terengganu. Walaupun dikatakan orang - orang Terengganu slow, lambat, lembab dan selesa dengan sikap " tidak apa ", sebenarnya bukan bermakna lemah atau boleh ditekan dan diperbodohkan. Realitinya, ialah , kerana orang orang tua menitikberatkan anak - anak berbudi bahasa, hormat orang tua, berakhlak mulia serta sifat - sifat kesempurnaan . Ianya telah ditanam sejak dari kecil, dipupuk sehingga remaja. Walaubagaimanapun, bila usia meningkat, pendidikan lebih sempurna, peluang mendapat maklumat terbuka luas. Kesabaran yang ditahan selama ini, dengan segala kemungkaran, kezaliman dan kejahatan di depan mata, akhirnya diterjemahkan dalam pilihanraya ke 10 lalu.

5. Ahli UMNO kena maklum kepada MAHAFIRAUN, iaitu, perbuatan fitnah, tuduhan liwat ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah , palsu , tidak benar, malah haram dan berdosa besar. PAStikan IKIM, JAKIM dan Mufti - Mufti Negeri serta Iman Masjid Putra Jaya AJAR MAHAFIRAUN tentang Agama Islam dari awal. Beri kuliah agama lepas maghrib dan kuliah mingguan kepada MAHAFIRAUN bermula dari minggu ini, bagi semua cadang agama dan hukum hakamnya, samada, Tauhid, Fekah, Usuluddin, dll.

6. Ahli UMNO kena beritahu MAHAFIRAUN secara RASMI , iaitu cara dia pecat, hina, aib dan malukan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak betul.

7. Ahli UMNO kena mintak dan mohon secara RASMI kepada MAHAFIRAUN buat kenyataan RASMI kepada semua rakyat Negeri Terengganu Darul Iman bahawa semua tuduhan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah fitnah semata - mata

8. Ahli UMNO kena mintak dan memohon secara RASMI kepada MAHAFIRAUN, supaya mengaku dia memecat dan mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana untuk menjaga kedudukannya dalam politik serta kroni -kroninya serta kepentingan perniagaan.

9. Ahli UMNO kena mintak MAHAFIRAUN mengaku serta bertaubat nasuha, kerana memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim serta mengaibkannya.

10. Ahli UMNO kena mintak MAHAFIRAUN memohon maaf secara RASMI dan terbuka kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, keluarganya, serta seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman dengan kesalahn, kejahatan, kezaliman dan kemungkaran yang telah dilakukannya .

11. Ahli UMNO kena mintak MAHAFIRAUN meluluskan perlaksanaan Hukum Hudud di Negeri Terengganu, yang akan dibentangkan dan dilulus , tidak lama lagi di Dewan Undangan Negeri.

Begitulah diantara tuntutan kami , dari himpunan permintaan dan kehendak kami, Pegawai kumpulan A, khususnya, dan rakyat Terengganu amnya. Sekiranya MAHAFIRAUN dapat tunaikan semua tuntutan di atas, tak banyak 11 saja, sempena pilihanraya ke 11 nanti, tanpa meninggalkan atau mengingkari 1 pun, barulah MAHAFIRAUN boleh beranggan untuk menawan Negeri Terengganu Darul Iman

Sekiranya, ahli UMNO dan MAHAFIRAUN tidak memenuhi syarat di atas, saya syorkan usahlah UMNO, BN dan MAHAFIRAUN impikan untuk tawan Terengganu. Tak payah buang masa.

Tumpukan masa, tenaga dan kekuatan untuk menjaga negeri - negeri lain yang akan juga jatuh ke tangan BARISAN ALTERNATIF , iaitu, Kedah, Perlis, Perak, Pahang dan Selangor dalam pilihanraya ke 11 nanti pada tahun 2005, InsyaAllah .

Segala pengalaman, kekuatan , kelemahan yang lalu sangat berguna, khususnya bagi kami Pegawai kerajaan kumpulan A.

Kami baru "try" dan "test" di Negeri Terengganu Darul Iman. Rupanya sangat berkesan dan berjaya. Alhamdullillah. Syukur ke hadrat Allah. Sesungguhnya Qada dan Qadarnya jua yang menentukan segala - galanya.

PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN.

Last changed: December 07, 1999