ReformIS

[ Contents | Post ]

BA kena belajar perkara ini.

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 02:29:11

Comments

Parti MCA wajar diberikan kebebasan membuat sebarang keputusan berhubung kemungkinan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang keluar dari parti Gerakan, menyertainya dalam masa terdekat.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Sak Cheng Lum, berkata yang penting semua orang perlu sedar bahawa MCA sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan menerima ramai bekas ahli parti lain.

"Kita ada banyak contoh. Yang terbaru ialah kemasukan bekas pemimpin DAP yang diberikan layanan yang baik daripada MCA.

"Mereka dibantu dalam menubuhkan banyak cawangan baru, di samping itu bersama-sama bekerja keras dalam memastikan kejayaan MCA dalam kempen pilihan raya yang baru lalu," katanya.

+ Dalam BN juga perkara lompat parti adalah satu perkara biasa dan perlu ditangani dengan baik. Kita berharap agar parti-parti BA juga ambil pendekatan yang sama kerana dalam beberapa keadaan mereka mau berubah angin.

Last changed: December 07, 1999