ReformIS

[ Contents | Post ]

Bezanya pendapat ulamak pro UMNO.

From:
Date: 07 Dec 1999
Time: 02:25:15

Comments

Kerajaan Pas Terengganu diingatkan supaya tidak tergesa-gesa melaksanakan kharaj - cukai kepada bukan muslim, semata-mata untuk menunjuk-nunjuk pelaksanaan dasar Islam di negeri itu.

Sebaliknya, kerajaan negeri itu diminta memberi penjelasan menyeluruh mengenai peraturan berkenaan bagi mengelak orang bukan Islam membenci Islam.

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria berkata, sesuatu peraturan yang dibuat secara tergesa-gesa akan menyebabkan orang bukan Islam terkejut kerana tidak memahami tujuan sebenar peraturan berkenaan.

"Kharaj diperkenalkan kepada bukan Islam sebagai balasan atas tanggungjawab kerajaan melindungi orang bukan Islam, malah duit itu juga akan digunakan untuk membantu orang bukan Islam yang miskin," katanya.

Harussani bagaimanapun berkata, negara Islam juga memberi penekanan kepada keadilan terhadap semua bangsa yang bernaung di bawah negara Islam.

Imam Majid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kadir Talib, pula berpendapat soal cukai selalunya membawa masalah dan sekarang pun DAP, MCA dan Gerakan menentang peraturan yang hendak dilaksanakan kerajaan Terengganu.

"Oleh itu, pelaksanaannya bukan perlu sekadar menampakkan Islam, tetapi boleh dilaksanakan," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, perkataan kharaj perlu dijelaskan sama ada jenisnya sama seperti di dalam negara Islam dulu atau ada perubahan berdasarkan perkembangan semasa.

"Istilah itu boleh memberi kekeliruan kepada orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri belum tentu faham konsep berkenaan," katanya.

Beliau menjelaskan kharaj merujuk kepada negara Islam awal yang mengenakan cukai kepada bukan Islam selepas berjaya memerintah sesebuah negara.

"Contohnya, tentera Islam dulu berperang dan berjaya menawan sebuah negara dan mereka membiarkan tanah pertanian terus dilaksanakan oleh bukan Islam tetapi mengenakan cukai tertentu.

"Harta rampasan selalunya dibahagikan di kalangan tentera, tetapi kini tidak lagi berlaku peperangan," katanya.

+ Sila teliti pendapat Mufti Perak berbanding dengan ulamak pro UMNO seperti Imam Masjid Putra dan Ketua Pengarah JAKIM.

Jelaslah kepada kita betapa totoknya pendapat ulamak pro UMNO yang mempertikaikan hukum Islam.

Last changed: December 07, 1999