ReformIS

[ Contents | Post ]

Bila jatuh, dia dilenyek habis-habis

From:
Date: 06 Dec 1999
Time: 21:38:41

Comments

Inilah dia budaya jijik dan bangsat yang ada dalam UMNO. Bila seorang pemimpin ada jawatan, dia disanjung begitu tinggi tapi bila dia hilang jawatan, mereka lenyeknya habis-habisan. Inilah UMNO.....yang mengamal budaya bangsat untuk orang melayu.

==================================================================================================== BISIK-BISIK

AKHIRNYA, bekas Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad menerima tanggungjawab kejatuhan kerajaan negeri pimpinannya kepada Pas.

Tapi tiba-tiba pula Awang terdengar desas-desus kononnya ada usaha untuk merayu supaya beliau dilantik sebagai senator dan dijadikan menteri Pusat.

Kemungkinan adalah besar Terengganu akan mendapat seorang menteri kabinet melalui pelantikan Dewan Negara.

Pada pandangan Awang, siapa juga yang dilantik, biarlah tenaga muda yang bukan sahaja boleh berfungsi dengan berkesan, tetapi juga seorang yang boleh memulihkan semula UMNO Terengganu.

Dan, lebih elok jika jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri dipegang oleh se-orang pemimpin atasan dari Pusat.

Awang - Yang patah akan tumbuh.

Last changed: December 06, 1999