ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP TUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS

From:
Date: 06 Dec 1999
Time: 21:18:15

Comments

DAP TUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS KAJI CADANGAN UNDANG-UNDANG BARU PAS

DAP akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji semua undang-undang baru yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Terengganu dan Kelantan, kata pengerusi kebangsaannya, Lim Kit Siang.

Bekas ketua pembangkang itu berkata ia bagi memastikan Pas mematuhi manifesto Barisan Alternatif yang dipersetujui bersama "Ke Arah Malaysia Yang Adil".

"Jawatankuasa itu juga akan mengkaji setiap cadangan baru berhubung hak beragama dan kaum di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lim berkata DAP juga akan mencadangkan dalam mesyuarat Barisan Alternatif Rabu ini supaya barisan itu menubuhkan sebuah msjlis khas bagi mengakji semua cadangan baru oleh kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.

Bekas setiausaha agung DAP itu, yang memegang jawatan barunya selepas tewas dalam pilih raya yang baru lalu, mengulas rancangan Pas untuk mengenakan kharaj atau cukai ke atas bukan Islam.

Setiausaha agung DAP Kerk Kim Hock berkata di sebalik partinya yang tidak bersetuju dengan PAS mengenai isu kharaj, tidak ada rancangan pihaknya keluar daripada barisan itu yang mengandungi DAP, PAS, Parti Keadilan Kebangsaan dan Parti Rakyat Malaysia, tetapi kerjasama di masa depan bergantung kepada perkembangan politik dan syarat lain.

Dalam satu lagi kenyataan, Lim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mengurangkan jumlah anggota Kabinet dan juga wakil mno sejajar dengan keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Beliau berkata pada Parlimen lepas, terdapat 71 anggota kabinet mengandungi 28 menteri, 31 timbalan menteri dan 12 setiausaha parlimen, dan jumlah itu patut dikurangkan kepada 65 orang.

"Oleh kerana wakil UMNO dalam Barisan Nasional telah berkurangan daripada 54.7 peratus kepada 48.6 peratus pada pilihan raya lepas, wakilnya dalam kabinet patut dikurangkan," katanya.

Beliau berkata UMNO sebelum ini, yang mempunyai 17 menteri, 18 timbalan menteri dan enam setiausaha parlimen, sepatutnya mempunyai hanya 13 menteri, 12 timbalan dan tiga setiausaha parlimen dalam kabinet baru seramai 65 anggota.

Lim berkata MCA, Gerakan dan MIC sepatutnya masing-masing mempunyai tambahan seorang menteri kabinet bagi mencerminkan kedudukan kerusi komponen BN dalam parlimen.

Last changed: December 06, 1999