ReformIS

[ Contents | Post ]

Reformis muda sila ambil perkara ini dengan serius

From:
Date: 06 Dec 1999
Time: 21:10:44

Comments

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini berkata penubuhan Akademi Umno yang telah diluluskan lebih lima tahun lalu harus dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya sudah tiba masanya bagi Umno mendidik semula anggota parti khususnya golongan muda dengan mendedahkan mereka kepada perjuangan asas penubuhan Umno.

+ Kepada pendukung dan penyokong pergerakan reformasi sila ambil berat akan perkara ini. UMNO sedar anak muda tidak lagi menerima perjuangan UMNO. Kalau usaha ini kita tidak tolak nescaya perjuangan akan datang akam lebih rumit lagi. Kita semua tahu bahawa UMNO sendiri telah lari dari perjuangan asalnya lebih-lebih lagi apabila telah diharamkan pada tahun 1988.

Parti-parti dalam BA sila laksanakan program mendekati anak muda khususnya 680,000 pengundi baru dan bakal pengundi.

Last changed: December 06, 1999