ReformIS

[ Contents | Post ]

Melayu bangsat banyak di Johor.

From:
Date: 06 Dec 1999
Time: 03:49:29

Comments

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Johor, Lokman Noor Adam, mengakui terdapat perbezaan pendapat antara golongan muda dan veteran dalam parti itu.

Beliau berkata, ini terbukti dengan tujuh pemimpin kanan bertindak keluar parti empat hari menjelang pilihan raya umum lalu yang turut menyaksikan semua calon Keadilan di Johor tewas.

Lokman yang turut bertanding di Parlimen Tenggara berkata, kumpulan veteran itu terbawa-bawa dengan cara Parti Semangat 46 (S46) yang mereka anggotai sebelum menyertai Keadilan.

"Cara mereka berfikir dan merangka strategi pilihan raya bertentangan dengan kehendak golongan muda yang memang diasuh oleh pemimpin Keadilan Pusat.

"Kita tidak hairan dengan tindakan kumpulan itu keluar parti kerana mereka memang tidak memberi apa-apa makna kepada parti dan corak perjuangan Keadilan. Dalam lain perkataan, mereka memang tidak bernilai dalam parti," katanya ketika dihubungi di sini.

Tujuh pemimpin kanan Keadilan yang keluar parti ialah Setiausaha Badan Perhubungan Keadilan negeri yang juga Ketua Bahagian Ledang, Jaafar Ahmad, Ketua Penerangan negeri yang juga ahli jawatankuasa Bahagian Tebrau, Abd Rahman Kation; Ketua Penerangan Bahagian Muar yang juga Pengerusi Biro Kursus dan Latihan negeri, Kamaruddin Hassan dan Ketua Bahagian Kota Tinggi, Zulbahari Abu Bakar.

Pemimpin lain ialah Ketua Keadilan Bahagian Bakri, Abdullah Hassan; Setiausaha Keadilan Bahagian Ledang, Jamal Nasir Jusoh dan Pengarah Pilihanraya Keadilan Muar, Abdullah Salim.

Mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Pusat yang kononnya dikuasai oleh golongan muda.

Sehubungan itu, Lokman berkata, empat daripada tujuh pemimpin veteran itu dipercayai dibeli oleh Umno sebagai taktik untuk melemahkan jentera pilihan raya Keadilan yang sedang digerak ketika itu.

Beliau berkata, perkara yang sama turut ditawarkan kepada beberapa pemimpin muda Keadilan tetapi mereka tidak termakan pujukan itu.

"Ini adalah taktik Umno di Johor yang mahu mematahkan semangat Barisan Alternatif (BA). Taktik itu berjaya dilakukan terhadap kumpulan yang pentingkan kebendaan dan bukannya pejuang sebenar Keadilan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Keadilan negeri, Abdul Kahar Ahmad, menafikan beliau akan meletakkan jawatan selepas pilihan raya umum Isnin lalu.

"Perkara ini heboh diperkatakan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Abdul Ghani Othman. Sejak bila dia (Abdul Ghani) dilantik sebagai setiausaha sulit saya yang tahu bila saya akan letak jawatan?" katanya.

Abdul Kahar berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat bedah siasat mengenai kekalahan calon Keadilan di negeri ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai keputusan mesyuarat yang diadakan di Muar, semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, Keadilan menurunkan tujuh calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh calon Parlimen. Semua calonnya tewas termasuk Lokman di Parlimen Tenggara.

+ keterangan Sdr Lokman Noor Adam membuktikan bahawa ramai sungguh melayu bangsat wujud di Johor sebab itu mereka berikan BN semua kerusi.

Last changed: December 06, 1999