ReformIS

[ Contents | Post ]

Bila ulamak UMNO tersungkur

From:
Date: 06 Dec 1999
Time: 03:39:19

Comments

Wan Mokhtar mengaku bertanggungjawab

KUALA TERENGGANU, Ahad - Ketua Badan Perhubungan Umno Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, hari ini berkata beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada pilihan raya Isnin lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli Umno dan penyokong BN supaya tidak menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain.

Beliau yang menyifatkan dirinya sebagai jeneral yang kalah dalam peperangan, menyalahkan diri sendiri kerana gagal mempertahankan Terengganu daripada dirampas Pas.

+ Kita sarankan kepadanya supaya undur diri dan keluar UMNO. Dia banyak dosa kepada rakyat. Kalau ada kes untuk tarik dia ke mahkamah, rakyat menuntut supaya ia dilaksanakan segera demi keadilan.

Last changed: December 06, 1999