ReformIS

[ Contents | Post ]

Media BN terus berbohong

From:
Date: 05 Dec 1999
Time: 20:49:45

Comments

Peniaga di beberapa buah pasar di sekitar Kota Baharu, Tumpat dan Pasir Mas yang menjadi penyokong Barisan Nasional (BN) mendakwa bahawa para penyokong Pas kini menakut-nakutkan mereka dengan pelbagai ancaman halus.

"Masa BN memerintah dahulu perkara ini tidak pernah berlaku dan mereka yang menyokong Pas juga dapat berniaga, tetapi setelah tiga penggal berkuasa mereka sudah naik tocang," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

+ Nampak sangat berita ini direka-reka kerana "orang" yang berkata itu tidak memberikan nama. Kalau benar ini apa yang kerajaan PAS buat, apakah tidak para pemimpin BN/UMNO telah banyak ugut rakyat yang tidak sokong mereka seperti apa yang Zaleha Ismail cakapkan kepada rakayat DUN Hulu Kelang dan Gombak Setia.

Last changed: December 05, 1999