ReformIS

[ Contents | Post ]

Kejayaan Pas Mengiringi Langkah KE Alaf Baru.

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 22:08:18

Comments

Kejayaan Pas Mengiringi Langkah KE Alaf Baru.

Pilihan raya telah berlalu.Sepertimana yang dijangkakan, MAHAFIRAUN telah mengkotakan,janji-janjinya untuk menjadikankan pilihan raya tahun ini,sebagai pilihan raya yang terkotor.Ini terbukti melalui penguasaannya 100% keatas media dan jabatan-jabatan kerajaan.SPR telah digunakan sepenuhnya bagi menjamin kemenangan 2/3nya,disamping tektik- tektik kotor lainnya yang tak mampu dilakukan oleh pehak BA.Calun BN yang keseluruhannya adalah para jutawan,mengunakan duit bagi merasuah pengundi serta petugas-petugas parti lawan bagi menjamin kemenangan mereka.

Jumlah wang yang dilabur tidak lagi menjadi perhintungan,janji menang.Ini jelas,calun-calun BN yang dijangkakan akan tewas,telah menang dengan majoriti yang tipis.Walau-bagaimanapun,pertempuran telah berakhir dan jelas ianya tetap memehak pada BN.Tapi,BN terutamanya PM merangkap preseden UMNO,tidak boleh mendabik dada.Benar,mereka masih mendapat kepercayaan rakyat bagi menerajui negara ini tapi, sebahagian besar orang Melayu telah kehilangan kepercayaan kepada mereka dengan memilih BA.Ini terbukti,Kelantan dan Terangganu yang penduduknya adalah majoriti orang Melayu telah jatuh ketangan PAS. jelas bahawa PAS,telah berjaya menawan hati orang Melayu di kedua negeri itu,manakala di negeri lain mereka telah merebakkan virus dan virus ini akan terus menyelinap ke dalam masyarakat Melayu dan akhirnya akan menawan hati orang Melayu.Umno pasti tersungkur dan akhirnya hanya tinggal golongan tua sahaja yang menyokong mereka.

Bila golongan tua ini telah tiada,maka tiada lagi penyokong mereka manakala golongan muda lebeh berminat pada parti PAS.Akhirnya tinggallah UMNO,dengan nostalgianya meniti hari-hari untuk berkubur. Kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS,untuk menawan sebahagian lagi hati orang melayu yang masih lena dalam impian indah bersama UMNO,terutamanya di sebelah Selatan.Kejayaan menawan Terangganu dan mengekalkan Kelantan adalah satu kejayaan yang manis buat Pas.Mereka telah berjaya mengharungi segala bentuk halangan,dugaan dan tektik kotor BN.Sebagai parti pemerintah,sudah tentu BN,akan mengunakan segala-galanya demi mempertahankan egonya,tapi ternyata mereka gagal di kedua negeri ini.Ini adalah peringatan buat BN,khususnya UMNO,bahawa kekuasaan ALLAH adalah melebehi segalanya.Dia maha berkuasa dan kekuasaan yang ada pada Dr.MAHAFIRAUN hanyalah secebis dari sifat Allah,dan tak lebeh sekadar pinjaman untuk manusia di dunia ini.

Siapakah yang boleh melawan kehendak ALLAH?Apabila Dia berkehendak, tiada siapa dapat membantah,biarpun seluruh makhluk-makhluknya bersatu pasti tidak berkesan.Begitu juga dengan BN.Mereka mengunakan segala-galanya seperti media,Spr dan lain-lain agensi-agensi kerajaan,wang untuk membeli undi,mengugut dan menakut-nakutkan rakyat,menyediakan pengundi hantu pendekkata habis segala sumber dan pendekatan telah di gunakan tapi,mereka tetap gagal di kedua negeri ini.ALLAH MAHA BESAR dan MAHA BIJAKSANA,Dia mengetahui bila masanya Dia akan memberi kemenangan yang mutlak buat PAS.

Walauapapun,segalanya belum berakhir.Ini adalah permulaan yang baik buat Pas untuk membuktikan kepada rakyat di negara ini yang perjuangan mereka seribu kali lebeh baik dari Umno dan BN.Kini kuasa ada ditangan kamu di samping kekayaan yang telah pun ALLAH anugerahi kepada kamu di ke dua negeri ini.Buktikan kepada seluruh rakyat di negara ini,bagaimana pemerintahan yang berlandaskan syariah Islam, yang mengikut ALquran dan Hadis,dapat memberi kebahagiaan kepada orang Islam manakala keadilan pula untuk semua orang Islam dan bukan Islam. Mata rakyat kini bertumpu kepada kamu berdua.Jika kamu dapat membuktikan dan bukan sekadar retorik,pasti yang lain akan menjejaki langkah kamu berdua lima tahun lagi.

Kami rakyat yang masih bawah pemerintahan BN ini sebenarnya sudah bosan dengan kerenah pemimpin-pemimpin kami dan kami,amat mengharapkan kamu menunjukkan contoh yang baik dalam pentadbiran kamu serta akhlak kamu agar kami dapat mengikuti jejak kamu nanti.Kami impikan sebuah negara yang penuh dengan limpahan rahmat dan keredhaan ALLAH.UMNO dan BN rasanya tidak boleh di harap,kini harapan rakyat beralih kepada PAS.Buktikan yang PAS boleh.Jangan di hampakan harapan kami.Kami kini meneliti dan memerhatikan gelagat kamu.Lima tahun lagi kami akan membuat keputusan. pastikan keputusan yang akan kami ambil nanti akan memihak kepada kamu.Inssyaalah.

Last changed: December 04, 1999