ReformIS

[ Contents | Post ]

Akan Datang - Ancaman UMNO kepada aktiviti-aktiviti Agama

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 11:44:20

Comments

Akan Datang - Ancaman UMNO kepada aktiviti-aktiviti Agama

Assalamualaikum,

Saya adalah di antara ramai penyokong keadilan dan kebenaran yang kecewa kerana tidak kesampaian cita-cita kit semua untuk menyaksikan tersingkirnya Barisan Nasional dari tampuk pemerintahan negara.

Walau bagaimana pun ada hikmahnya di sebalik kekecewaan itu kerana mungkin Allah SWT mengkehendaki bahawa lebih ramai umat Islam sedar dan insaf serta berubah hati dengan dapat membezakan mana satu yang hak dan mana satu yang batil. Insya Allah di dalam pilihanraya akan datang kita akan menyaksikan perubahan yang lebih banyak lagi dengan terbukanya mata hati rakyat sekeliannya.

Jika kita bercakap hal yang serupa ini pada tahun 1995 - selepas pilihanraya ke 9, siapa yang berani berkata bahawa PAS boleh mendapat tempat di hati pengundi-pengundi sehingga boleh menawan Terengganu, hampir menguasai Kedah dan memenangi di lain-lain negeri.

Bahkan 5 tahun yang lalu siapa yang dapat menyangka bahawa ramainya alim ulamak yang bersatu tenaga untuk bertanding di dalam Pilihanraya ini. Nama-nama terkenal seperti Ustaz Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man, Taib Azzamuddin Syeikh Azmi dan lain-lain menerjunkan diri mereka untuk menghentikan kemungkaran dari berleluasa. Sungguh pun begitu, di dalam sibuk kita meraikan kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu dan lain-lain calun alim ulamak di lain-lain kawasan, hendaklah kita berhati-hati dengan sifat dendam kesumat BN.

Mereka sudah tentu tidak akan membiarkan lebih banyak kawasan jatuh ke tangan PAS di masa-masa akan datang. Negeri-negeri yang akan berada di dalam perhatian mereka sudah tentu adalah Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor. Mereka sedar alim ulamak lebih senang dapat mendampingi rakyat dengan menggunakan saluran ceramah, kuliah, sekolah agama dan lain-lain lagi. Di sinilah BN kurang berkesan di dalam menyampaikan propaganda mereka. Mesjid dan surau bukanlah pusat yang mereka gunakan untuk bertemu rakyat.

Oleh kerana itu janganlah merasa hairan jika pada bulan-bulan atau tahun-tahun akan datang ini banyak majlis ilmu agama yang akan disekat programnya. Kita akan bakal menyaksikan lebih ramai ustaz-ustaz yang dihalang daripada menggunakan mesjid dan surau untuk aktiviti pengajian ilmu agama. Yang ada cuma mungkin kuliah tajwid atau majlis bacaan surah Yasin pada malam Juma'at. Manakala pada hari-hari lainnya mesjid dan surau digunakan untuk sembahyang waktu sahaja, tidak lebih dari itu.

Akhirnya yang rugi adalah anak-anak qariah di sesebuah mesjid atau surau itu sendiri. Yang jahil dengan ilmu agama semakin jahil dan tidak berilmu. Imam AJK mesjid pula adalah orang-orang yang ditaja oleh BN dan yang menyokong Islam versi UMNO. Manakala program-program berupa kemungkaran seperti konsert pop, majalah picisan dan lain-lain aktiviti yang tidak menyumbangkan kepada kebaikan Islam semakin diabaikan.

Pekara-pekara seumpama ini tidak lagnsung dipedulikan oleh orang-orang UMNO dengan melihatnya dengan sebelah mata yang tertutup. Sementara ancaman yang menyerang Islam pula semakin meningkat dan menjadi-jadi. Anak- anak orang Melayu yang murtad bukan suatu yang boleh disembunyikan lagi. Sebaran fahaman sesat oleh orang-orang yang disokong oleh kerajaan seperti Astora Jabat, Golongan Anti Hadis dan lain-lain juga dibiarkan untuk berkembang.

Marilah kita bersama-sama pada setiap waktu dan ketikanya berpegang dengan tali Allah dan RasulNya. Suatu hari nanti, Insya Allah, Allah SWT akan memperkenankan doa kita semua untuk menyaksikan Islam di martabatkan di bumi Malaysia ini.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Last changed: December 04, 1999