ReformIS

[ Contents | Post ]

Persoalan-persoalan untuk DAP.

From:
Date: 02 Dec 1999
Time: 21:14:20

Comments

Perkembangan semasa mengenai parti DAP telah menimbulkan banyak persoalan untuk renungan dan perhatian para pejuang reformasi sekelian.

Kita harus berdepan dengan realiti politik tanah air yang mana budaya politik UMNO/BN begitu jijik dan hina dengan segala macam propaganda, mengadudomba, tikam kawan, bunuh pejuang dan sebagainya telah mewujudkan satu senario politik yang jauh berbeza pada masa ini dan masa akan datang.

Semua parti politik mesti melalui proses reformasi sekiranya parti-parti mereka mahu diterima oleh gelombangan reformasi pada masa ini.

Untuk para pemimpin DAP, antara persoalan yang mereka mesti jawab adalah:

1. Apakah mereka mahu parti DAP berimejkan parti Cina semata-mata?

2. Apakah parti DAP mahu diterima sebagai wadah untuk orang bukan melayu sahaja khususnya orang Cina?

3. Apakah perjuangan parti DAP hanya layak untuk menjadi parti pembangkang sahaja?

4. Apakah parti DAP tidak ada cita-cita untuk menjadi sebahagian dari pemerintah di negara kita?

5. Apakah parti DAP mahu dikenali sebagai parti serpihan PAP sahaja?

6. Apakah parti DAP mahu dikenali sebagai parti milik Kit Siang dan anak pinak seperti PAP?

7. Apakah usaha parti DAP untuk memahamai atau mendekati ugama Islam?

Ini adalah persoalan-persoalan yang sangat relevan bagi rakyat untuk menilai kewujudan parti DAP. Buat masa ini gerakan reformasi menerima DAP sebagai salah satu parti dalam BA.

BA perlu dikekalkan untuk rakyat. Kalau parti DAP tidak direformasikan mengikut perkembangan semasa maka kemungkinan parti DAP tidak menjadi relevan lagi dalam sistem politik Malaysia.

Fikirkan masak-masak dan jangan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak meyakinkan rakyat yang dahagakan perubahan atau reformasi.

Last changed: December 02, 1999