ReformIS

[ Contents | Post ]

Perjuangan Yang Wajib Kita Teruskan!!

From:
Date: 02 Dec 1999
Time: 04:08:04

Comments

Perjuangan Yang Wajib Kita Teruskan!!

Kami di sini juga merasakan sedikit kekecewaan dengan pengundi Johor, tetapi apakan daya, terpaksalah kami menerima kenyataan. InsyaAllah mungkin dalam masa lima tahun lagi, semuanya akna berubah. Marilah kita sama-sama berusaha mengubah fikiran rakyat ke arah kebenaran.

MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020

Assalamalaikum saudara reformis dan webmaster sekelian.

Alhamdulillah, lihatlah, kebesaran Allah telah terserlah, bila mana BN kata Kelantan pasti ditawan, tapi Terengganu pula yang kita takluki.

Sebenarnya perjuangan kita baru saja bermula dan demi kegigihan saudara-saudara sekalian sedikit demi sedikit kita telah berjaya. Jika kita perhatikan kekalahan pejuang-pejuang kita tidaklah begitu parah dan boleh diubati dengan kemenangan yang telah dikecapi. Boleh dikatakan kesemua penasihat agama (apa yang BN kata ulama-ulama) mereka telah tumpas dan ditolak oleh rakyat (yang waras)mentah-mentah.

Cuma Pak Andak amat kecewa dengan sikap pengundi-pengundi di Johor kerana tidak pandai menilai erti perjuangan. Pemikiran mereka masih tertutup/kolot serta takut dengan bayang-bayang mereka sendiri (walaupun sebenarnya Pak Andak pun dari Johor). Contohilah rakyat negeri Terengganu (SYABAS RAKYAT TERENGGANU). InsyaAllah selepas ini kita akan tawan negeri-negeri lain satu-persatu.

Semoga kawasan yang di kuasai oleh PAS dan sekutunya akan diberikan rezeki dan kemakmuran walaupun kemajuannya dinafikan oleh kerajaan yang berkuku besi yang diterajui oleh MahaS**t dan kroni-kroninya (termasuk samseng-samsengnya yang angkuh).

Oleh itu Pak Andak menyeru agar kita rancakkan serta perkuatkan lagi usaha kita untuk menjatuhkan segala kezaliman dan keangkuhan mereka selagi kita bernafas. Teruskan jihad kita

Kepada yang berjaya jangan lupa supaya menjalankan amanah rakyat dengan jujur dan kepada yang gagal sebenarnya anda tidak tewas, cuma belum diizinkan Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Kepada webmaster sekelian, Pak Andak mohon dan berseru supaya usaha-usaha saudara-saudara ku ini dapat diteruskan, kami akan tetap memberikan sokongan.

Perjuangan ini WAJIB kita teruskan!!

"YA ALLAH RESTUI & BERKATILAH PERJUANGAN KAMI INI DEMI MASA DEPAN AGAMA ISLAM DAN UMAT YANG BERNAUNG DIBAWAHNYA. AMIN!!."

TAKBIR!!!

Last changed: December 02, 1999