ReformIS

[ Contents | Post ]

Tahniah Dan Salam Kepada Para Reformis Dari UK

From:
Date: 02 Dec 1999
Time: 04:04:00

Comments

Tahniah Dan Salam Kepada Para Reformis Dari UK

Assalamulaikum,

Tahniah dan syabas kepada para reformis dan BA atas usaha gigih hingga membuahkan kejayaan dalam beberapa kerusi Parlimen dan DUN. Walaupun pasti penipuan telah berlaku oleh pihak BN namun kejayaan menawan beberapa kubu kuat BN termasuk negeri Terengganu menunjukkan perjuangan baru bermula dan diredai oleh Allah s.w.t. Tahniah juga kepada rakyat Terengganu yang telah membuka pintu hati mereka kepada kebenaran. Gunakanlah peluang ini untuk terus menyebarkan syiar agama Allah, buktikan kepada mereka keadilan dan kehidupan yang sebenarnya dikehendaki oleh Islam. Samoga ia akan menjadi pertunjuk kepada negeri-negeri lain akan kejayaan yang dibawa oleh Islam.

Kami di UK merasakan terkilan dan bersalah kerana tidak dapat bersama membuangkan hak kami di hari pengundian. Perbezaan kemenangan yang tipis oleh pihak BN menunjukkan bahawa jika generasi baru alaf 2000 dibenarkan mengundi maka sudah pastilah BN dikafankan.

Kepada web-masters reformasi janganlah berasa letih untuk terus memberi sumbangan. Perjuangan baru bermula, saya pasti semua reformis berasa letih dan sebak atas keputusan pilihanraya ini. Penipuan pasti telah berlaku, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui, pasti ada hikmahnya. Kami di UK dan semua yang cintakan keadilan akan terus memberi sokongan kepada perjuangan untuk menegakkan keadilan di bumi Allah ini, khususnya Malaysia yang dicintai.

Wassalam.

Last changed: December 02, 1999