ReformIS

[ Contents | Post ]

Cadangan Membina

From:
Date: 01 Dec 1999
Time: 03:40:47

Comments

Cadangan Membina

Salam sejahtera,

Berikutan keputusan pilihanraya kesepuluh baru2 ini, saya ingin mencadangkan beberapa perkara. Saya percaya ramai rakyat Malaysia yg tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya tersebut. Kita percaya terdapat banyak penipuan yg berlaku dlm pilihanraya tersebut. Di sini saya ingin menyatakan rancangan saya yg memerlukan bantuan dari rakan2 reformasi di Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya pelajar tahun pertama di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat. Saya telah lama mengikuti perkembangan reformasi di Malaysia dan saya rasa terpanggil untuk membantu sedaya upaya saya. Setelah melihat keputusan pilihanraya terbaru ini saya merasakan sudah cukup rakyat Malaysia dibohongi. Kita perlu melakukan sesuatu.

Saya bercadang untuk memfailkan satu laporan kepada United Nations dan lain-lain pertubuhan hak asasi manusia berkenaan dengan penafian hak mengundi secara adil di Malaysia. Oleh itu saya memerlukan bukti untuk dikemukan kepada mereka. Saya harap rakan2 dapat membantu mengumpulkannya. Apa saja bentuk bukti boleh dikemukakan. Antaranya ialah rakaman siaran televisyen yg menunjukkan penyalahgunaan media massa untuk berkempen, salinan senarai nama pengundi hantu dan pengundi bertindih yg dapat dikumpulkan buat masa ini dan apa2 bukti penyelewengan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

Sekiranya semua bukti ini dapat dikumpul maka kita boleh menunjukkan bahawa kerajaan yg akan dibentuk oleh BN selepas ini adalah tidak sah dan Pilihanraya patut diadakan semula dengan cara yg seadil-adilnya. Saya juga ingin meminta kerjasama pihak Harakah supaya dapat menerbitkan satu ruangan di mana rakyat dapat menandatangani petisyen yg meminta supaya pilihanraya diadakan semula. Adalah baik sekiranya satu salinan petisyen ini dapat dihantar kepada saya supaya dapat dipanjangkan kepada pihak2 yg berkenaan. Biarlah petisyen ini menjadi satu bukti bahawa rakyat Malaysia keadilan.

Perkara ini seharusnya dilaksanakan sekarang dan bukan lima tahun lagi kerana apabila BN berkuasa mereka tidak akan melepaskan kuasa terhadap SPR yg dimiliki mereka dan dengan itu tidak akan wujud selamanya pilihanraya yg adil buat rakyat Malaysia dan sia2 lah perjuangan reformasi rakyat secara aman.

Saya sedar bahawa dengan cara yg saya cuba lakukan ini menunjukkan seolah2 kita rakyat Malaysia bergantung kepada org lain untuk mendapatkan keadilan. Bagi saya ini adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk mendapatkan hak memilih kerajaan dengan adil. Pada saya MAHAFIRAUN takut sekiranya kita meminta dari organasasi antarabangsa yg dapat memberikan kita hak itu lalu mempropagandakan isu bantuan dari asing. Inilah rancangan saya. Sekiranya ada cadangan lain dari rakan2, sila utarakan kepada saya. Beri pendapat saudara mengenai cadangan saya ini.

Salam perjuangan.

This mail was sent to you by :-

AF Brown

Last changed: December 01, 1999