ReformIS

[ Contents | Post ]

Salam Reformasi Dan Salam Tahniah Dari Jepun

From:
Date: 01 Dec 1999
Time: 03:37:08

Comments

Salam Reformasi Dan Salam Tahniah Dari Jepun

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum wbt.

Semoga para reformis2 sekalian sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan perlindungan Allah yang maha meluas. Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan segunung tahniah buat para reformis penegak kebenaran kerana dapat menggoncangkan dan meleraikan keegoan warga kebathilan yang sentiasa menepuk dada menunjukkan mereka masih gagah dan disanjung.

Walaupun tidak dapat menafikan 2/3 majoriti ,tetapi itu bukan persoalannya ,persoalannya adakah kita sudah menggerakkan sehabis mampu kekuatan yang ada untuk memenangkan kebenaran.Jika ya ,janganlah terus berpuas hati ,tingkatkan usaha dan susunlah segala gerak kerja.Kerana pihak jugak musuh jugak bermatian-matian menegakkan kebathilannya.Saidina Umar telah berkata `Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebathilan yang tersusun'.

Nah ..jesteru dengan itu mari kita renung kembali setiap gerak langkah yang kita ambil,cari dan tutuplah lubang2 kepincangan ,mulakan gerak dengan lebih mantap. Kami disini sentiasa mengikuti setiap prkembangan di Malaysia.Kami bukanlah mahasiswa yang dungu ,hanya belajar tanpa mengira nasib rakyat malaysia yang lain.Malam tadi setiap keputusan diikuti sehingga ke lewat pagi menggunakan setiap kemudahan yang ada (internet,telefon, chat dll).Setiap kemenangan diikuti dengan takbir sehingga riuh rendah disini.Bilik saya seperti bilik gerakan.

Sebenarnya setiap takdir ada hikmahnya ,sesungguhnya mempertahankan kemenangan dan mengisikan kemenangan itu lebih susah daripada mencapainya. Sahabat2 ku perjuangan kita baru bermula, mungkin bumi kita berpijak sekarang berbeza ,tetapi perjuangan kita tetap sama.Tegakkan kebenaran hapuskan kebathilan.Walaupun kita dipisahkan beribu batu ,tetapi hati kita tetap bertautan antara satu sama lain.

Sabda nabi mafhumnya `Tiadalah sempurna iman kamu selagi kamu tidak mengasihani saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri kamu sendiri'.Allah jugak telah menceritakan dalam surah as-soff akan perihal golongan yang beriman, mereka umpama batu bata yang tersusun kukuh, maka begitu kukuhnya ikatan antara kita.. Bertitik tolak dari itu, maka tergeraklah hati ini untuk mencoret sepatah dua kata2 bekal semangat buat para reformis sekalian.

Pintu kemenangan hampir terbuka ,maka marilah kita sama2 membukanya. Allah telah menjanjikan akan kemenangan kepada Islam di akhir zaman, bilakah ia akan berlaku bukan persoalannya, tetapi adakah kita turut menyumbangkan saham akan kemenangan itu.Janganlah kita ketinggalan di belakang didalam arus kemenangan ini dan menjadi golongan yang tercicir (naudzubillah).

Untuk pengetahuan semua reformis, disini jugak wujudnya gerakan Islam ,nama sebenarnya IKATAN PERSAUDARAAN ISLAM JEPUN. Ia ditubuhkan atas dasar perlunya persatuan yang mampu memimpin pelajar2 malaysia khususnya kearah jalan yang benar.Walupun masih baru dan tidak segagah persatuan2 pelajar di US dan UK tetapi insyaAllah ia akan berkembang dan kukuh.Allah telah merakamkan dalam al-Quran ,akan tetap ada golongan yang berkerja membantu agama Allah sehingga hari kiamat, mereka kasihkan Allah dan Allah kasihkan mereka. Kami berharap kita semua tergolong dalam golongan tersebut.Doakanlah agar gerakan ini terus kukuh bertapak di bumi Jepun.

Akhir kata semoga Allah memberkati kita semua.

Salam reformasi dan salam perjuangan.

Allahuakbar! Allahuakbar!Allahuakbar!

Last changed: December 01, 1999