ReformIS

[ Contents | Post ]

Hebatnya Shahnon....

From:
Date: 30 Nov 1999
Time: 21:27:13

Comments

Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad berkata kemenangan beliau atas tiket PAS terhadap Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman bagi kerusi Parlimen Sik, adalah satu proses untuk beliau melakukan sesuatu untuk penduduk daerah itu.

"Kemenangan bukan matlamat utama, tetapi dapat melakukan sesuatu adalah yang paling utama," katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi bagi Parlimen Sik di Sekolah Menengah Agama Sik, di sini, malam ini.

Beliau berjanji akan bekerja keras membantu rakyat Sik. Mengulas kemenangan dengan majoriti hanya 478 itu, Shahnon berkata beliau tidak berapa kisah dengan jumlah itu kerana lawannya bukan sebarangan, orang ternama dan dikenali ramai.

Shahnon mendapat 13,504 undi sementara Abdul Hamid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 13,026 undi.

Last changed: November 30, 1999