ReformIS

[ Contents | Post ]

Hakikatnya kita gagal ujian Allah swt.

From:
Date: 30 Nov 1999
Time: 03:25:28

Comments

Dengan penuh rasa keinsafan, ketakwaan dan keimanan, menangnya MM dan BN dalam pilihanraya '99 bermaksud:

+ kita gagal ujian Allah swt dalam aspek pemilihan pemimpin negara. Tunggulah bala dariNya.

+ kita sokong segala kemungkaran yang dihidangkan oleh Mahathirisme. Tunggulah bala dariNya.

+ kita takutkan MM lebih daripada hukum Allah swt. Tunggulah bala dariNya.

+ kita lupa peringatan Allah swt sebelum ini seperti wabik JE dan Nipah dll. Tunggulah bala dariNya khususnya rakyat Negeri Sembilan, Melaka & Johor.

+ kita lebih hina daripada rakyat Indonesia, Filipina dan Iran. Rendah sungguh iman kita. Tunggulah bala dariNya.

+ kita sokong budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam Mahathirisme. Tunggulah balaNya.

+ kita sokong budaya fitnah yang dikutuk oleh Allah swt. Tunggulah balaNya.

+ kita sokong budaya mengampu dalam Mahathirisme. Kita rasa/sokong dan percaya boleh jadi kaya melalui perbuatan ini. Tunggulah balaNya.

+ jiwa kita kotor. Tidak tahu menilai antara yang hak dan yang bathil. Inilah tahap keimanan kita. Tunggulah balaNya.

+ kita bukan jauhari. Kita tidak mengenal yang mana mana satu intan dan mana satu kaca. Kita gagal melihat manikam seperti perjuang-perjuang reformasi yang diketuai oleh DSAI. Tunggulah balaNya.

+ kita hanyut dengan kebendaan. Hanya kerana benda kita lupakan hukum Allah swt. Tunggulah balaNya.

INTIPATI:

MAKA DARI SUDUT PANDANGAN ALLAH SWT, KITA ORANG MELAYU DAN ORANG ISLAM DI NEGARA MALAYSIA INI TELAH GAGAL DALAM UJIAN YANG DIBERIKANNYA. KITA GAGAL DENGAN TERUKNYA. KITA MENGUNDANG KEMARAHAN ALLAH SWT. TAUHID KITA LEMAH. TUNGGULAH BALA DARINYA.

WAULAHUALAM.

pejuang reformasi/pejuang kebenaran (hak)

Last changed: November 30, 1999