ReformIS

[ Contents | Post ]

Kejayaan besar PAS.

From:
Date: 29 Nov 1999
Time: 20:23:48

Comments

Presiden Pas Fadzil Noor menyifatkan kejayaan parti itu menakluki Terengganu dan kembali berkuasa di Kelantan sebagai tanda bahawa rakyat mahukan perubahan terhadap kepimpinan di negara ini.

"Saya percaya kejayaan itu dicapai kerana rakyat mahukan perubahan," katanya kepada pemberita di Pendang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata Barisan Nasional sepatutnya mengambil iktibar daripada kekalahan mereka di Terengganu.

"Selagi BN terus menyeleweng dan tidak insaf, gelombang perubahan yang dibawa itu akan terus melanda negeri-negeri lain," katanya.

"Pas bersyukur dengan kemenangan yang diperolehinya dan menerimanya dengan dada yang lapang," katanya.

Last changed: November 29, 1999