ReformIS

[ Contents | Post ]

Pembangunan Yang Terlalu Tinggi Harganya

From:
Date: 29 Nov 1999
Time: 07:13:19

Comments

Pembangunan Yang Terlalu Tinggi Harganya

Assalamualaikum,

Saya sudah selalu sangat dengar tentang pujian terhadap MAHAFIRAUN tentang pembangunan yang beliau telah bawa terhadap negara sehingga ada yang pro reformasi pun ada yang memaksa diri akur terhadap perkara ini. Saya ingin ketengahkan suatu pandangan bahawa pembangunan yang dibawa oleh MAHAFIRAUN ini adalah suatu perkara yang kita perlu halusi dan selidiki dengan mendalam.

Saya tidak nafi pembangunan wujud, yang ingin saya soalkan ialah kos pembangunan ini, samada kos yang diletakkan oleh syarikat2 kroni MAHAFIRAUN adalah kos sebenar atau kos yang telah diperbesarkan oleh bayaran rasuah. Cakap-cakap disekitar pakar kewangan menjurus kapada hakikat bahawa banyak kos projek mega telah diinflasikan dengan bayaran rasuah diluar negara. Contoh yang mereka utarakan ialah kos LRT di Kuala Lumpur dimana ianya adalah 3 kali ganda kos LRT yang lebih canggih di bandaraya Sydney.

Kalau benar perkara ini kita perlu soal berapakah kos sebenar Lebuhraya Utara-Selatan, KLIA, Menara KL, Litar Lumba Formula 1, Cyberjaya, Putrajaya dan tidak lupa Sangkar Emas RM200 juta yang sedang hangat diperkatakan. Sekiranya kos2 projek mega ini telah diinflasikan dengan bayaran2 'luar jangka' tersebut maka tidak hairanlah negara berada didalam keadaan hampir bankrup, dengan hutang yang akan terus dibayar oleh cucu-cicit kita yang tidak berdosa. Seorang sahabat yang bekerja disebuah Bank tempatan pernah bercerita kepada saya bagaimana beliau hairan mengapa suatu syarikat di dalam bidang pembuatan yang begitu efisien sehingga mendapat ISO 2000 tetapi tetap gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Sehinggalah beliau menyelidiki dengan terperinci dan mendapati syarikat ini tiap2 tahun ada sahaja projek baru seperti pembesaran kilang, penambahan setor, pembuatan by-produk, pembikinan rumah pekerja dsb. Beliau hairan juga, di masa syarikat baru mula nak mengeluarkan produk sudah dibebankan dengan begitu banyak projek baru. Hasil selidikan beliau ialah pengarah2 syarikat ini memang sengaja suka mengadakan projek baru oleh kerana apabila ada projek baru adalah kontraktor2 yang berebut-rebut memenang tender untuk membangunkan projek itu dan didalam setiap tender projek maka jutaanlah bayaran rasuah yang dihulurkan secara peribadi kepada pengarah2 penentu tender tersebut.

Maka tidak hairanlah syarikat tersebut tidak mampu mambayar balik pinjaman dan tidak hairanlah pengarah2 syarikat cukup gemar untuk mengadakan projek2 baru. Didalam konteks negara saya harap Pengarah2 Malaysia Inc tidaklah bersifat seperti pengarah2 syarikat tersebut, ataupun sudahkah nasi menjadi bubur? Saya hairan juga mengapa PM cukup gemar projek2 mega......

Wassalam

Last changed: November 29, 1999