ReformIS

[ Contents | Post ]

Semangat Reformasi Berkobar-kobar!

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 07:10:57

Comments

Semangat Reformasi Berkobar-kobar!

Ambo baru balik daripada ceramah/reformasi/konvoi di Greenwood/Kpg Baru/Chow Kit. Walaupun ramai yang tidak berapa bersetuju dengan tindakan mengibarkan bendera pada kereta, tetapi semangat yang berkobar-kobar di kalangan anak muda ibukota kepada REFORMASI total tidak dapat ditahan-tahan lagi. Maka sepanjang Dataran REFORMASI, Jalan Chow Kit dan Jalan TAR yang sinonim dengan gerakan REFORMASI, pada malam ini telah menyaksikan satu fenomena yang tidak pernah tergambarkan di negara ini sejak kemerdekaan pertama dahulu.

Ribuan anak muda dengan kenderaan masing-masing telah berarak mengelilingi jalan-jalan tersebut dan jalan lain amnya bersama bendera-bendera BA daripada keempat-empat parti yang berkaitan. Tidak ketinggalan juga yang telah parking-kan kenderaan mereka di tepi mahkamah tinggi dan sepanjang Jalan TAR untuk mengibarkan bendera mereka ke arah kenderaan-kenderaan tersebut. Ketika itu sudah pun pukul 2.00 am. tetapi keadaannya seperti pukul 8.00 pm sahaja.

Pada fikiran ambo, inilah anak-anak muda yang telah turut terlibat di dalam demonstrasi-demonstrasi satu ketika dahulu. Keceriaan mereka jelas tergambar, berbeza dengan keceriaan yang dibuat-buat hasil daripada mendapat upah seringgit dua, sebagaimana konvoi yang dapat dilihat daripada kenderaan berbenderakan BN yang boleh dibilang dengan jari itu. Juga ambo dapat merasakan mereka ini begitu bersemangat sekali, berbeza dengan semangat yang dapat dilihat daripada wajah golongan yang menerima upah BN seringgit dua itu. Ini kerana golongan yang membawa bendera BN itu hanya berjaya mengukirkan senyuman sahaja di bibir mereka. Bagi ambo, kita semua (BA) harus merasa terhutang budi kepada golongan anak muda ini, yang dengan keberanian mereka dalam siri demonstrasi dahulu telah turut memberikan saham yang tidak sedikit kepada perjuangan yang akhirnya bakal membawa kemenangan besar kepada parti-parti alternatif nanti, insyallah.

Perasaan dend

Last changed: November 28, 1999