ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP SEDIA TERIMA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DENGAN HATI TERBUKA

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 07:09:07

Comments

DAP SEDIA TERIMA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DENGAN HATI TERBUKA

PULAU PINANG, 27 Nov (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang hari ini berkata beliau dan DAP bersedia menerima apa sahaja keputusan rakyat pada pilihan raya umum ke-10 Isnin ini.

Beliau memberitahu Bernama di sini bahawa DAP akan menerima sebarang keputusan rakyat sekalipun parti itu mengalami kekalahan teruk di semua kawasan yang ditandinginya.

Bagaimanapun, Lim enggan membuat ramalan mengenai peluang DAP pada pilihan raya kali ini.

"Ini disebabkan pertandingan kali ini merupakan satu pertandingan yang sengit dan keputusan mengenainya hanya akan diketahui selepas kertas undi dikira," katanya.

Beliau meminta para pemimpin Barisan Nasional turut bersedia menerima sebarang kemungkinan dengan cara lebih terbuka

Last changed: November 28, 1999