ReformIS

[ Contents | Post ]

Tujuh Kawasan Bahaya BN  Di Johor

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 07:03:44

Comments

Tujuh Kawasan Bahaya BN Di Johor

Suatu maklumat sulit mengenai keupayaan sebenar BN di Johor telah terbongkar. Maklumat ini diperolehi daripada sahabat sepejabat saya yang menganggotai Gerak Gempur Pemuda BN. Beliau tidak mengetahui saya sebagai penyokong Alternatif kerana saya suka berdiam diri. Maklumat itu adalah, BN menyenaraikan 7 kawasan DUN sebagai kawasan 'kelabu' iaitu kawasan yang bahaya bagi BN. Kawasan itu adalah : N9 ENDAU , N13 SERI MEDAN , N14 SEMERAH , N15 BUKIT NANING , N20 PARIT RAJA , N22 RENGIT dan N26 SUNGAI BENUT. Oleh itu, rakan saya ini ditugaskan untuk memberi tumpuan kepada 7 kawasan ini kerana tenaga Gerak Gempur dari Johor Bahru adalah memadai. Hampir setiap hari rakan saya ini lewat ke pejabat dengan mewakilkan kepada rakan yang lain untuk punch card. Setiap malam,kumpulan ini akan bergerak ketujuh-tujuh kawasan ini secara giliran. Bagaimanapun, beliau tidak pasti kawasan parlimen di negeri ini yang menjada kawasan bahaya BN.

Katanya, kira-kira 65 peratus orang Melayu di kawasan DUN ini akan menolak BN dalam pilihanraya ini. PAS juga telah menyenaraikan calon terkemuka di kawasan ini seperti Dr Daeng Sanusi, Salahudin Ayub, Dr Ibrahim, Ustaz Hasanudin Yunus (pensyarah UTM) dan sebagainya Berita ini menunjukkan BN sedang nazak di tempat-tempat ini. Maklumat ini telah saya hebahkan kepada kepimpinan Alternatif Johor supaya melipat gandakan usaha. BN sekarang ini bekerja keras, siang dan malam menggunakan Gerak Gempur Pemuda dan wanita kemas. Altrnatif juga perlu gandakan usaha untuk mengekalkan statistik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.Insyaallah, PAS akan mula bertapak di Johor pada 29 November nanti.

Takbir !

From : Zainal, Johor Bahru.

Last changed: November 28, 1999