ReformIS

[ Contents | Post ]

Kepimpinan UMNO Dan BN Kepimpinan Lucah

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 06:52:38

Comments

Kepimpinan UMNO Dan BN Kepimpinan Lucah

Pengedaran video palsu lucah Sdr. Anwar dan Mat Sabu membuktikan bahawa sah dan nyata kepimpinan UMNO dan BN terdiri daripada mereka yang otak lucah, kotor dan jijik. Setelah gagal membuktikan salahlaku seks Sdr. Anwar di mahkamah, Pemimpin UMNO dan BN menggunakan kaedah video layang yang ternyata membuktikan kerosakan akhlak yang teruk dikalangan mereka. Adakah mereka masih layak memimpin kita lagi???? Apakah mereka layak memimpin kita untuk membina sebuah masyarakat berakhlak mulia????

Rakyat tertanya-tanya pendirian Ulama-ulama UMNO terdiri daripada Wan Mokhtar, Yusof Noor, Nakhaie, Hamid Othman, Zainal Abidin Melor dan lain-lain yang sama waktu dengan mereka. Apakah mereka juga terlibat dalam pengedaran video lucah palsu ini??? Rakyat mencabar semua ulama UMNO seperti Wan Moktar , Yusof Noor, Hamid Othman, Zainal Abidin Melor dan lain-lain agar menarik diri dalam pilihanraya ini sekirannya mereka tidak menyetujui tindakan kepemimpinan UMNO menggunakan kaedah penyebaran video lucah ini untuk memenangi piliharaya terkotor dalam sejarah tamaddun bangsa Melayu dan Tanahair. Sekiranya mereka tidak menarik diri bermakna mereka sama-sama menyetujui dan terlibat sama dalam tindakan lucah, kotor, jijik, dan memfitnah yang dilaknati ALLAH S.W.T. Dimanakah pendirian Yusof Noor selaku Ketua Biro Penerangan UMNO dalam isu ini????Rakyat dahagakan ilmu yang Yusof Noor menuntut selama ini dari hasil wang rakyat. Apakah ini dibenarkan oleh Islam???? Adakah Hukum Mahathir lebih tinggi dari Hukum ALLAH???? Atau adakah kedudukan dalam UMNO lebih penting dari menyatakan yang HAK dan BENAR ??? Sekiranya mereka tidak menarik diri bermakna mereka sama-sama terlibat dalam kancah fitnah terbesar dalam sejarah Tanahair. Rakyat WAJIB menolak kesemua calon-calon UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini!!!!

Jelas dan terang UMNO sudah hilang PEDOMAN dan TIDAK LAYAK lagi untuk memimpin negara dan masyarakat. Rakyat diseru MENOLAK UMNO dan BN secara TOTAL pada pilihanraya kali ini. Hadapilah pilihanraya kali ini dengan niat kalimah FIISABILILLAH kerana niat kita menentang kerajaan ZALIM, KHIANAT TERHADAP UGAMA, NEGARA, DAN BANGSA adalah dituntut oleh Ugama suci kita, ISLAM. Semoga ALLAH S.W.T. meRedhai, memBerkati, meRahmati segala usaha kita untuk menumbangkan kerajaan ZALIM Barisan Nasional.

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Salam Perjuangan Dari Awang Siber

Last changed: November 28, 1999