ReformIS

[ Contents | Post ]

Taukeh Beri Duit Kepada Calon BN Baling?

From:
Date: 27 Nov 1999
Time: 01:28:39

Comments

Taukeh Beri Duit Kepada Calon BN Baling?

Pada 23 November 1999 (malam) bertempat di Baling Inn, dua orang taukeh membawa dua buah briefcase yang mengandungi wang tunai berjumlah RM 1.8 juta kepada calon BN untuk dibelanjakan dalam pilihanraya ini. Sebelum briefcase ini diserahkan, beg yang penuh dengan wang tunai itu dibuka dahulu oleh Taukeh Cina untuk dipamerkan isinya kepada calon-calon BN ini. Siapakah Taukeh Cina ini? Apakah hubungannya dengan calon-calon BN Baling ni? Insyallah , spy saya dalam UMNO akan beritahu nanti dengan lebih lanjut. . . . . . .

Tetapi yang pasti sekiranya Calon-calon BN ni menang, sudah pasti mereka akan menjadi BONEKA kepada Si Taukeh ini. Calon-calon BN ni macam lembu pawahlah yang dicucuk hidungnya , akan ikut segala peritah si Taukeh ni . . . . Kesiannya kepada petugas-petugas UMNO di Bilik Gerakan Cawangan yang bersengkang mata hingga ke pagi, cuma dijamu dengan roti kering saja. Tapi pemimpin tertinggi di peringkat Bahagian sapu jutaan ringgit !

Wahai ahli-ahli UMNO Baling di peringkat Cawangan. . . . jangan biarkan kamu dijadikan kasut kayu oleh pemimpin rakus UMNO yang ada sekarang ni. Sedarlah bahawa selama ini kamu hanya diperkudakan semahu-mahunya oleh mereka yang bernafsu buas di atas nama mempertahankan ketuanan Melayu kononnya. Apa yang kamu dapat selain daripada letih, mengantuk dan berhujan-panas? Fikirkanlah !

Nak dapat PAHALA DARIPADA ALLAH SWT JAUH SEKALI, tapi kalau dosa tu ada lah kerana perjuangan kamu menyokong pemerintah yang zalim - yang menolak Al-Quran & As-Sunnah sebagai panduan , pemerintah yang lebih menggalakkan kemaksiatan - lebih menyanjung golongan artis sebaliknya menghina golongan Ulama' !

Di kawasan DUN Kupang sekarang ni, kerja-kerja kempen oleh PAS agak ringan sedikit kerana dibantu oleh jentera Non Toyu yang semakin ghairah masuk kampung berjumpa ahli-ahli UMNO berkempen agar HANYA BERI UNDI PADA CALON PARLIMEN SAHAJA iaitu Si Badut Tua tetapi JANGAN MENGUNDI CALON BN DUN KUPANG iaitu Wahab Din.

Pada fikiran Non Toyu, Wahab Din perlu dicantas sekarang kerana kalau beliau menang, sudah pasti ia akan memberi saingan kepadanya untuk merebut jawatan Ketua Bahagian tahun depan. Sketsa lawak jenaka ini dapat dilihat dengan jelas sekali di Kampong Tiak, Iboi, Padang Dan dan Seniyek. Inilah sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang hipokrit! Bila berdepan menjadi kawan, tapi bila belakang jadi lawan.

Wahai ahli UMNO sekelian, cukuplah setakat saat ini sahaja kamu taat pada pemimpin kamu itu, sokonglah PAS kerana perjuangannya lebih ikhlas . . . . macam saya ni , 15 tahun dalam UMNO tapi sejak Harun Din aktif dalam PAS ni saya sekeluarga pun ikutlah jejaknya kerana kalau tak nak ikut ulama', nak ikut siapa lagi?

Saya teringat ungkapan seorang Tok Guru di Mekah yang berasal dari Malaysia apabila ditanya oleh anak muridnya yang mana benar, UMNO atau PAS kerana kedua-dua kononnya perjuangkan Islam. Tok Guru itu menjawab ; kamu tengoklah sebelah mana paling ramai ada ulama', yang itulah dipihak yang benar . . . . . . . . . .

YA ALLAH, UBAHLAH HATI & FIKIRAN AHLI-AHLI UMNO AGAR MEREKA SEMUA AKAN MENGUNDI CALON BA DI SELURUH MALAYSIA DEMI UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM SEJATI DI BUMI BERTUAH INI . . . . . . AMIN.

* PAS seumur hidup - Baling *

Last changed: November 27, 1999