ReformIS

[ Contents | Post ]

Melayu di Tasek Gelugor

From:
Date: 26 Nov 1999
Time: 22:05:41

Comments

Melayu di Tasek Gelugor

Susah untuk dinafikan sekarang ini bahawa Parlimen Tasek Gelugor bakal dimiliki oleh Barisan Alternatif. Pergolakan dalaman dan krisis yang melanda UMNO bahagian Tasek Gelugor adalah ibarat nanah yang sukar di ubati sekarang ini. Dahulu, parlimen ini merupakan kubu kuat UMNO di negeri Pulau Pinang. Namun situasi ini kian lama-kian berubah rupa. Ia boleh dikatakan bermula dengan kemasukan Shariff Omar ke arena politik Tasek Gelugor.

Seawal tahun 80an dimana Shariff yang ketika itu berkhidmat sebagai pegawai di pejabat daerah dibawa masuk dari parlimen permatang pauh untuk bertanding di DUN Sungai Dua. Pada awalnya, kemasukan beliau diterima oleh semua orang dan pernah dianggap sebagai pembela nasib bangsa melayu. Tetapi keteguhan umat melayu Tasek Gelugor mulai pudar setahun demi setahun hinggalah bibit-bibit perpecahan kian jelas kelihatan.

Ia bermula dengan krisis yang melibatkan shariff omar dan Ustaz Yusoff Latiff (Adun Sungai Dua). Disebabkan kebecokannya mulut shariff omar ini dengan mempersendakan martabat Ustaz yusoff, membuat para penyokong Ustaz mahu mencalonkan Yusoff latiff menjadi Ketua Bahagian. Ini telah memecah belahkan melayu Tasek Gelugor kepada dua Bahagian. Nasib baiklah dengan

campur tangan Datuk Seri Anwar dan beberapa pimpinan bahagian menyelamatkan orang melayu dari terus berpecah belah.

Kemudian, Shariff Omar sekali lagi menunjukkan kejantanan mulut apabila memaki-hamun beberapa wakil rakyat UMNO ketika itu. Pada masa ini Shariff omar telah di lantik menjadi setiausaha parlimen (walaupun ada khabar angin yang mengatakan pemilihan ini tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi UMNO ketika itu). Akibat dari situasi ini, golongan besar rakyat Tasek Gelugor pada ketika itu mendesak Wakil-Wakil rakyat UMNO pada masa itu mencabar Shariff. Akibatnya Cikgu Ya Bakar (Adun Ara

Rendang) mencabar Shariff dalam pemilihan UMNO. Sekali lagi melayu Tasek gelugor berpecah.

Pada pilihanraya 1995, Ustaz Yusoff dan Cikgu Ya Bakar menarik diri dari terus di calonkan sebagai pemimpin rakyat dikawasan itu. Ini mungkin kerana mereka telah jemu dengan permainan kotor Shariff Omar dalam perebutan dan memonopolikan kuasa politik dikawasan itu. Saya sebagai Rakyat dikawasan ini merasa hampa kerana kami telah kehilangan dua orang pemimpin yang berjaya menaikkan taraf socio-ekonomi dan pembangunan setempat. Bezakanlah perubahan yang di bawa oleh Uztaz dan cikgu di Kawasan Sungai Dua (Ustaz) dan Ara Rendang atau Kini dikenali sebagai Pematang Berangan. Dengan apa yang dilakukan oleh Shariff Omar dan Jasmin yang mengantikan kedua pemimpin kami itu.

Pada pilihanraya 1995, kawasan ini diwakili oleh Dr. Ibrahim (parlimen), Shariff (Pematang Berangan), Jasmin (Sg. Dua) dan Jahara (Telok Ayer Tawar). Memang ketara dan jelas, Sejak 1995 hingga kini, susah sangat nak tengok pembangunan terbaru yang dibawa masuk ke parlimen kami ini. Apa yang baru hangpa bawak maii????......habaq sikit. Tak dakkkkkk. Yang adalah peninggalan usaha Uztaz dan cikgu ya dulu saja. Jadi ini menduka citakan hati melayu tasek Gelugor. Mungkin kami sedikit berbangga melihat PP1 (kereta rasmi timbalan ketua Menteri) lalu lalang dalam kawasan ni, itu saja.

Pergolakan kembali lagi baru-baru ini apabila Shariff hampir dicabar seorang peguam muda, yusri, untuk jawatan ketua Bahagian. Tetapi Lawyer ini menarik diri pada pagi pemilihan. (Ada yang mengatakan pimpinan UMNO negeri mengesa Yusri tarik diri). Ini menunjukkan yang melayu disini dah muak tengok kerenah Shariff dan Jasmin. Cakap Saja banyak apa pun takdak. Selain Yusri, team shariff juga dicabar oleh beberapa pimpinan tinggi bahagian untuk merebut kerusi-kerusi bahagian. Ada yang menang dan ada yang Kalah. Antara yang menang adalah Rokiah Bee (ketua wanita) menewaskan Jahara (adun teluk air tawar)dan Norazman untuk ketua Pemuda.

Tetapi yang menghairankan Kami, kenapa pada pernamaan calon yang lepas nama-nama mereka tidak kelihatan. Yang ada Jasmin, Jahara walaupun tewas dan Roni bekas Adun dan Orang Kanan Shariff. Ini jelas kepada kami yang Shariff mengamalkan Dasar pilih kasih (kronism). jika Pada 1995 kami boleh terima Nama cik gu ya tak disenaraikan (kerana beliau tewas) dalam pemilihan ketua, kenapa kini nama jahara tetap di senaraikan juga.

Kesimpulannya, Pada tahun ini, saya menyeru dan mengesa orang melayu dan rakyat Tasek gelugor menolak Shariff Omar dari bumi kita yang tercinta ini. Tolak juga kroni shariff yang berterusan memecah belahkan

kedamaian kita disini. Senarai Calon jelas menunjukkan UMNO dan BN tidak Adil, Telus dan Peka kepada nasib rakyat disini. Bukalah mata kita. Calon BA pada kali ini bukanlah calang-calang orangnya. Ust Soid lebih baik dan berkelayakan Dari jasmin (ijazah pun tak ada). Rosli ayub lebih elok akhlak dan visi perjuanganya dari Shariff. Tolak Roni yang suka buat kacau tuh. Pilih Dr. Hassan yang kelurganya sudah kita kenali sejak dahulu lagi. Dan jika wanita UMNO dan TOLAK Jahara, janganlah kita pula memilih dia. Ghazali lebik bijak dan berwibawa pilihlah dia.

Tunjukkan kepada orang melayu yang kita juga ada maruah diri dan tidak mudah diperkotak katikkan oleh mereka yang tidak adil, seperti Shariff dan Kroninya. Marilah kita bersama rakyat Permatang Pauh menjadi contoh

dalam mencipta perubahan bangsa melayu di Pulau Pinang.

DULU KITA PANGKAH DEPA SEBAB MARUAH MELAYU KINI KITA BUANG DEPA SEBAB PERSENDAKAN BANGSA MELAYU

Anak Watan Tasek Gelugor.

Last changed: November 26, 1999