ReformIS

[ Contents | Post ]

SYABAS RAJA PETRA

From:
Date: 26 Nov 1999
Time: 04:22:05

Comments

SYABAS RAJA PETRA

Syabas! syabas! syabas! Kami menyokong tindakan tuan terhadap agen TV 3suku pada Buletin Utama tadi(24.04.1999) Memang selayaknya pencacai-pencacai media ini tidak diberi peluang dan ruang langsung untuk membuat apa-apa liputan khasnya ketika ini kerana memang nawaitunya ketika menjejaki mana-mana pemimpin BA berniat busuk dan jahat.Walau apapun penerangan beserta bukti jelas yang dipaparkan namun misi sebenar mereka bukan untuk menyatakan yang hak,tetapi sebagai penyambung lidah maha***t.Isu -isu yang dibentangkan jelas diputarbelitkan dan dihiasi dengan pendapat- pendapat songsang dari mereka yang hanya sesuai dengan pendirian mahas**t dan tidak menggambarkan pandangan rakyat secara keseluruhan.

Semoga para reformis masih teguh dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan.Sampai masanya untuk kita memboikot sepenuhnya media yang berat sebelah dan mempunyai agenda jahat yang terendiri. Jika terpeluang mendapat berita melaluinya,harus ditapis sebaiknya..kerana berita dari orang yang fasik....

Amat menyedihkan apabila kita diserang bertubi-tubi dengan tangan digari! tiada ruang untuk membela diri.Walaupun kununya diberi peluang tapi sedarlah wahai pemimpin BA,peluang itu akan memakan diri.Saya mencadangkan untuk menjawab tohmahan kita memilih saluran yang lebih terbuka dan yang tidak akan memanipulasi waktu dan ketika ini especially tv-tv kita.

BOIKOT MEDIA PENCACAI !!!

ISTIQAMAH DENGAN PERJUANGAN!!

YANG BENAR TETAP AKAN BERSINAR!! INSYAALLAHH!! JANJI ALLAH ITU BENAR!!!

ALLAHUAKBAR!!!!

SADDAM HUSSIN MALAYSIA

Last changed: November 26, 1999