ReformIS

[ Contents | Post ]

SYAITAN-SYAITAN BERKELIARAN

From:
Date: 26 Nov 1999
Time: 04:11:36

Comments

SYAITAN-SYAITAN BERKELIARAN OPS. K/P. TELAH BERMULA:

Operasi "pembelian Kad Pengenalan " oleh ajen-ajen UMNO telah bermula hari ini 24/11/99 jam 6.00 ptg. Operasi ini telah mula di-kesan di-Kawasan DUN Ketereh, dalam Parlimen Peringat. Dan kemungkinan besar operasi ini di-jalankan serentak di-seluroh Kawasan Parlimen Peringat dan juga di-Negeri Kelantan.

Setiap bakal pengundi di-tawarkan antara RM.100.00 hingga RM.500.00 mengikut status pengundi itu.Kumpolan sasar mereka adalah Pengundi PAS dan KeADILan yang masih samar.

Langkah Keselamatan:

1. Setiap Pos atau Peti Undi hendaklah menyediakan beberapa orang peronda untok meronda kawasan masing-masing.

2. Rondaan dan kawalan hendaklah di-lakukan 24 jam.

3. Apabila terdapat kereta atau motorsikal yang mencurigakan, ikuti mereka. Jangan beri peluang kepada mereka.

4. Laporkan kepada Pihak Polis bila mendapat maklumat atau terdapat mereka yang "menjual "kad pengenalan mereka Kalau boleh catat no.kenderaan dan " nama pembeli".

Ingat:

Mereka bukan hanya bergerak di-waktu malam, malah waktu siang hari pun mereka beroperasi.

WAHAI PENYOKONG SETIA UMNO: SEDARLAH BAHAWA KAMU SEDANG DI-PERKUDAKAN. PENGUNDI ATAS PAGAR MENDAPAT ANTARA RM.100.00 HINGGA RM.500.00 KERANA TIDAK MENGUNDI. TAPI KAMU YANG MENYOKONG UMNO SELAMANYATIDAK MENDAPAT APA-APA. TUKANG "BELI KAD PENGENALAN" PULA MENGEBAS BERIBU RINGGIT DUIT PERUNTOKAN ITU.

Maklumat ini di-perolihi daripada sumber dalaman Bilik Gerakan UMNO DUN Ketereh. Dan 'pemberi" maklumat itu telah pun memberikan beberapa nama Ajen UMNO itu. Jika sesiapa yang berminat untok mendapat nama-nama itu, hubungi:- kalijagat@yahoo.com.

SEMOGA KITA SEMUA BERWASPADA DAN MENANGKIS SEGALA TEKTIK KOTOR JIN DARI KALANGAN MANUSIA INI. INSYALLAH- ALLAH AKAN BERSAMA KITA.

Kalijagat

Last changed: November 26, 1999