ReformIS

[ Contents | Post ]

KENYATAAN TAN CHAI HO DI LUAR KONTEKS, KATA CHANDRA

From:
Date: 25 Nov 1999
Time: 19:52:07

Comments

KENYATAAN TAN CHAI HO DI LUAR KONTEKS, KATA CHANDRA

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden Keadilan Dr Chandra Muzaffar berkata calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Tan Chai Ho mengambil kenyataan beliau (Dr Chandra) berkaitan pembangkang di luar konteks dan memutarbelitkannya.

"Kenyataan beliau itu yang digunakan (Tan) dibuat pada tahun 1986 apabila pembangkang terutamanya PAS dan DAP gagal mewujudkan hubungan kerja yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Chandra mengulas kenyataan Tan semalam bahawa beliau (Tan) akan menerbitkan risalah yang mengandungi tulisan Chandra yang mengkritik pembangkang pada masa itu.

Dr Chandra berkata senario politik dalam tahun 1999 adalah berbeza dengan 1986. Perubahan besar dalam struktur sosial sejak 13 tahun lalu memudahkan parti-parti pembangkan bekerja sama.

"Sebagai contoh terdapat kelas pertengahan yang lebih besar dan kelas pekerja yang berdaya maju sekarang, yang terdiri daripada pelbagai kaum, yang dapat memberikan asas kepada kerjasama antara etnik.

"Kelas pertengahan dan kelas pekerja "menghidupkan" Barisan Alternatif. Di sampaing apa yang dipunyai PAS dan DAP; dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah memahami hakikat masyarakat pelbagai kaum.

"Episod Anwar juga telah menyumbang kepada pembentukan pembangkang yang bersatu," katanya. --BERNAMA

Last changed: November 25, 1999