ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP BUAT LAPORAN POLIS DAKWA UTUSAN MELAYSIA SALAH LAPOR

From:
Date: 25 Nov 1999
Time: 03:59:39

Comments

DAP BUAT LAPORAN POLIS DAKWA UTUSAN MELAYSIA SALAH LAPOR

PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- DAP hari ini membuat laporan polis berhubung satu laporan Utusan Malaysia kononnya parti itu akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu jika ia menang pilihan raya ke 10 ini.

Naib Presiden DAP Ahmad Noor membuat laporan itu di Balai Polis Sea Park di sini pukul 1 tengah hari tadi dan menggesa akhbar itu mengeluarkan kenyataan mohon maaf pada muka depannya esok kerana jika tidak ia akan menghadapi tindakan undang-undang.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik Timbalan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai berkata DAP yang bersekongkol dengan Pas dan Keadilan sekali lagi berjanji akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu bagi memberi laluan kepada gagasan Malaysian Malaysia sekiranya memenangi pilihan raya 29 Nov ini.

Guan Eng turut membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah berhubung perkara yang sama.

--BERNAMA

Last changed: November 25, 1999