ReformIS

[ Contents | Post ]

CALON DAP SUNGAI SIPUT DAKWA PENYELEWENGAN PENGUNDI

From:
Date: 25 Nov 1999
Time: 03:57:46

Comments

CALON DAP SUNGAI SIPUT DAKWA PENYELEWENGAN PENGUNDI

IPOH, 25 Nov (Bernama) -- Calon DAP di kawasan parlimen Sungai Siput, Dr D. Jeyakumar hari ini mendakwa terdapat lebih 10,000 pengundi luar yang akan dibawa mengundi di kawasan itu pada pilihan raya ke-10 Isnin ini.

Katanya, DAP telah mendapat maklumat bahawa pengundi-pengundi ini akan didatangkan dari beberapa kawasan di Perak, Selangor dan Kedah oleh Barisan Nasional (BN).

Jeyakumar, yang akan menentang Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata terdapat 17 kes melibatkan dua orang menggunakan nombor kad pengenalan yang sama dikesan manakala terdapat juga orang yang menggunakan alamat palsu.

Beliau berkata penyiasatan di tiga ladang menunjukkan lebih 50 orang yang sudah meninggal dunia tetapi nama mereka masih ada dalam daftar pengundi.

Katanya, laporan polis telah dibuat mengenai pengundi yang menggunakan alamat palsu semalam kerana ia menyalahi undang-undang.

Pagi ini, Jeyakumar membuat aduan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri dan Suruhanjaya Pilihanraya.

-- BERNAMA

Last changed: November 25, 1999