ReformIS

[ Contents | Post ]

MAHAFIRAUN Beri NAFAS

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:56:27

Comments

MAHAFIRAUN Beri NAFAS FERTALIZER Kepada Mukhriz

Mengikut maklumat yang saya baru terima menyatakan bahawa NAFAS FERTALIZER akan diswastakan dan dihadiahkan kepada anaknya Mukriz.

Maklumat ini saya terima dari orang atasan NAFAS yang tidak kurang senang dengan amalan kroni ini NAFAS FERTALIZER adalah anak syarikat NAFAS, pertubuhan Peladang Nasional kita.

Syarikat ini terlibat didalam pembahagian dan pemperosesan baja untuk para pekebun kecil di seluruh Malaysia Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 160 juta untuk membeli baja dan menyalurkannya kepada pekebun kecil di Malaysia

Menurut maklumat itu lagi, penswastaan NAFAS FERTALIZER ini sudah diperingkat akhir dan telah dipersetujui oleh PM. Ianya ditangguhkan seketika sehingga selepas p/raya ini kerana bimbang mendapat kemarahan dari rakyat

Penswastaan ini juga tidak mengikut prosedur yang betul dan tidak ada mana-mana pihak yang lain dijemput untuk melakukan bidding Menurut sumber itu lagi, NAFAS FERTALIZER merupakan penyumbang utama kewangaan NAFAS dan NAFAS akan berkubur sekiranya penswastaan ini dijalankan.

Begitu juga dengan nasib para pekerja NAFAS di seluruh Malaysia Penswastaan ini hanya melibatkan NAFAS FERTALIZER sahaja kerana Mukriz hanya mahu mengaut keuntungan dan membiarkan NAFAS dan anak syarikat yang lain mati. Mukriz pula akan bergabung (menjual ?) NAFAZ FERTALIZER ini kepada pihak lain untuk mengaut keuntungan dengan cepat. Malang sungguh nasib para pekerja NAFAS. Lebih malang lagi nasib pekebun kecil di Malaysia jikalau tiada usaha diambil untuk menghalangnya.

ABU NAWAS

Last changed: November 24, 1999