ReformIS

[ Contents | Post ]

Kenyataan Dari Webmaster Ustaz Shamsuri Online

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:55:21

Comments

Kenyataan Dari Webmaster Ustaz Shamsuri Online

Ingin dimaklumkan bahawa Laman Web Keadilan http://www.keadilan.org/ dipercayai telah di 'hack' oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Sila rujuk pada alamat di atas.

Sepekara lagi, terima kasih kerana membuat pembetulan mengenai khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Ustaz Shamsuri Haji Ahmad telah ditukarkan ke Sabah. Sebenarnya ini adalah cerita yang tidak benar sama sekali dan adalah dimaklumkan bahawa kuliah beliau akan disambung semula selepas Hari Raya Aidil Fitri kelak. Penjelasan mengenai isu Ustaz ke Sabah ini telah pun dimuatkan pada Laman Ustaz Shamsuri Online di www.shamsuri.com pada hari ini secara audio. Sebenarnya saya sepatutnya memperbetulkan kesilapan mengenai berita itu apabila ianya disiarkan di dalam Laman MAHAFIRAUN.

Bagaimana pun oleh kerana kaset yang menjelaskan hal berkenaan dipinjam oleh seorang sahabat, dan baru sahaja dipulangkan maka saya tidak berkesempatan untuk menyiarkannya di dalam bentuk Real Audio di dalam laman kami. Begitu juga berita mengenai Ustaz Shamsuri yang dikatakan akan bertanding di DUN Permatang Berangan di dalam Utusan Malaysia adalah tidak benar dan ianya dipetik daripada sumber yang tidak sahih.

Sekian dahulu dimaklumkan, dan salam perjuangan untuk menengakkan Islam dan kebenaran yang hakiki.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Wassalam,

dor@tm.net.my webmaster Ustaz Shamsuri Online www.shamsuri.online

Last changed: November 24, 1999