ReformIS

[ Contents | Post ]

Rintihan Calon TANGKAP MUAT (Harian Metro 24/11/99)

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:31:50

Comments

Rintihan Calon TANGKAP MUAT (Harian Metro 24/11/99)

DUN Gombak Setia – N17 Cikgu Ghani Yatim : Tolonggggg, Ismail Kamus Cerca Saya !!!!

Siapa cerca siapa ? Cikgu Ghani la ni tengah dok hot mendakwa Ustaz Ismail Kamus telah mencerca dan memfitnah beliau dalam ceramah-ceramahnya di sekitar Gombak Setia. Betul ke cikgu ??? Setakat ini saya belum pernah terdengar walau sekali Dato' Ismail Kamus menyebut nama Cikgu Ghani itu dalam-dalam ceramah-ceramahnya. Habis bagaimana Cikgu boleh mereka–reka cerita kononnya Ismail Kamus itu telah mencerca peribadinya, pelik bin ajaib namanya ni…

Ternyata Cikgu Ghani la ni memang dah habih modal. Akan tetapi tohmahan yang dibuat oleh cikgu pencen lagi tak relevan ini agak SERIUS. "Dia (Ismail Kamus) menggelarkan saya macam-macam seolah-olah kita orang UMNO ni tak ada maruah langsung.- Utusan Malaysia 24 Nov" Bila dan di mana pulak nya ????

Kalau tak dak bukti janganlah cakap… inilah yang dinamakan fitnah…jangan memain cikgu… kalau kena saman nanti camana…. Kami pengundi di kawasan Gombak Setia memang dah kenal cikgu dan perangai cikgu… TUAN SPEAKER kedai kopi yang terkenal… Lain kali cubalah sendiri dengar kaset agama Ismail Kamus ke, atau pergi sendiri dengar apa yang Ismail Kamus ucap dalam ceramah ….

Siapalah sangat Cikgu Ghani pada Ismail Kamus. Cikgu bukanlah lawan sebenar tokoh ulamak tersebut. Sekadar hanya seorang dari kuncu-kuncu kerdil (Calon TANGKAP MUAT) Mahathir Mohamad yang tak perlu di jeling dengan hujung mata pun. Jadi tak perlulah Ismail Kamus nak pening kepala mencerca dan memfitnah Cikgu. Lainlah masa Cikgu Ghani ceramah, sikit-sikit ULAMAK PENIPULAH, ULAR DALAM SEMAKLAH, ULAR LAH MAK … wooooii… tak sayang mulut nampaknya…

kalau dah sedar diri sendiri, jangan nak tuduh orang lain memfitnah dan memburuk-burukkan Cikgu. Apatah lagi dalam keadaan orang yang Cikgu tuduh tupun, tidak begitu Cikgu kenali. Jangan Cikgu alpa, dalam kelekaan Cikgu menuduh orang penipu ia boleh menjejaskan personaliti Cikgu sendiri. Buktinya, nenek saya yang dahulu asyik memuja JAMBUL Cikgu tu dah naik meluat melihat poster cikgu…. Dia tertanya-tanya, sejak bila ada gambar poster tutup JAMBUL pulak….

Last changed: November 24, 1999