ReformIS

[ Contents | Post ]

MARINA CADANG MUDAHKAN KAKITANGAN KERAJAAN BELI RUMAH.

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:03:26

Comments

MARINA CADANG MUDAHKAN KAKITANGAN KERAJAAN BELI RUMAH

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Naib Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Hajah Marina Yusoff mencadangkan agar kakitangan kerajaan dikecualikan daripada membayar 10 peratus wang pendahuluan untuk membeli rumah.

Sebagai kakitangan kerajaan, bayaran sepenuhnya bagi rumah mereka itu adalah terjamin melalui potongan gaji secara ansuran setiap bulan, kata Marina yang berdepan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulhasnan Rafique bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya, umum kali ini.

"Saya ini pemaju perumahan sejak tahun 1980, saya ada pengalaman untuk membina rumah, cara ini boleh buat, bukan tak boleh buat," katanya ketika berkempen di Taman Setiawangsa di sini, malam semalam.

Marina juga berkata industri kecil serta kontraktor kecil tidak perlu digabungkan kerana kemungkinan diambil-alih oleh syarikat asing apabila menjadi besar.

"Tak payah besar-besar, niaga kecil-kecil cukup asalkan kita punya dan kita uruskan dengan sepenuh hati, usaha daya kita sendiri yang akan jadi milik kita sampai ke anak cucu," katanya. -- BERNAMA

Last changed: November 24, 1999