ReformIS

[ Contents | Post ]

BN Setiawangsa Gigit Jari

From:
Date: 23 Nov 1999
Time: 23:31:51

Comments

BN Setiawangsa Gigit Jari

Saya baru saja balik dari perhimpunan BA di padang bola sepak Taman Setiawangsa. Penuh dengan kereta. Itu biasalahkan. Padang lecak dek hujan petang tadi tetapi ini tidak menghalang ribuan mereka yang berduyun datang mendengar calun BA Wangsa Maju Hajjah Marina Yusof memberi ucapan.

Saya tidak tunggu sebab sudah biasa mendengar ucapan begini sejak dari tahun 98 lagi. Saya kesana sebab mencari bendera dan sticker kereta PAS dan ADIL untuk dipasang ke kedua dua kereta saya. Kena get ready sebab hari mengundi nanti saya dan anak yang balik cuti dari universiti akan berkhidmat membawa kenderaan untuk membawa pengundi BA ketempat undi.

Semasa balik ke Bukit Setiawangsa, saya melintas bilik gerakan UMNO yang beroperasi di kedai berhadapan dengan bukit konkrit rumah banglow dan nampak beberapa kereta yang parking disana. Adalah didalam 20 lebih kereta. Ada perhimpunan juga di sini. Sama macam di Taman Ibukota jugaklah agaknya. Nampak bilangan yang hadir tersangat kurang. Kenduri doa selamat lagi ramai agaknya. Saya tak dapatlah meramaikan lagi perjumpaan masyarakat yang ini sebab bendera BA dah di pasang dan sticker dah penuh kat pajero, nanti merah mata mereka yang nak bergerak gempur.

Yang pastinya, pengundi Wangsa Maju sudah tahu siapa yang mereka sokong.

Last changed: November 23, 1999