ReformIS

[ Contents | Post ]

Pesanan ringkas dari Dato Seri Anwar Ibrahim kepada para pengundi

From:
Date: 23 Nov 1999
Time: 20:33:47

Comments

Pesanan ringkas dari Dato Seri Anwar Ibrahim kepada para pengundi

Kini telah di rakam dalam bentuk real audio Sila dapatkan rakaman tersebut dari Laman REFORMASI.

Pesanan ringkas dari Dato Seri Anwar Ibrahim ini telah di siarkan di laman PEMANTAU ini pada 21 Nov yg lepas. Sama-samalah kita menghayati pesanan bakal Perdana Menteri kita ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sampai saat dan ketika ini yang mendesak untuk kita mengambil tindakan dan membuat keputusan yang bijaksana supaya masa depan kita, masa depan anak-anak kita terjamin. Saya menyeru, merayu, menuntut kebijaksanaan rakan-rakan untuk memilih calon-calon Barisan Alternatif : PAS, KeADILan, DAP, PRM dan menumpaskan calon BN.

Insya-Allah kita akan berusaha untuk memastikan keadilan ditegakkan, pengagihan dan pembahagian ekonomi yang lebih adil, penghayatan Islam lebih terjamin serta toleransi dan kesederhanaan dalam hubungan antara kaum dan agama. Banyak yang akan diketengahkan, fitnah yang akan dihebahkan, muslihat, kerana Dato’ Seri Dr. Mahathir dan kepimpinan BN mempunyai banyak wang. Wang yang dikumpulkan dari perjudian, dari kegiatan salah guna kuasa, sebahagian daripadanya telah saya kemukakan tanpa sebarang tindakan; tetapi Insya-Allah semangat yang kental dan pendirian yang jelas akan dapat mematahkan sebarang muslihat mereka.

Saya berdoa mudah-mudahan sokongan daripada saudara saudari sekalian padu dan bulat, justeru tidak mudah diperdaya dengan tipu muslihat mereka. Pastikan kemenangan calon-calon Barisan Alternatif di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anwar Ibrahim

Last changed: November 23, 1999