ReformIS

[ Contents | Post ]

PARTI PEMBANGKANG SELESAIKAN MASALAH BERLAWAN SESAMA SENDIRI

From:
Date: 23 Nov 1999
Time: 19:43:02

Comments

PARTI PEMBANGKANG SELESAIKAN MASALAH BERLAWAN SESAMA SENDIRI

PULAU PINANG, 23 Nov (Bernama) -- Pakatan parti pembangkang akan berusaha menyelesaikan masalah calon-calon mereka yang "berlawan sesama sendiri" di beberapa kawasan pilihan raya dalam sedikit masa lagi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang.

Katanya masalah pertembungan calon itu akan diselesaikan di peringkat negeri bagi memastikan pertandingan "satu lawan satu" dengan calon-calon Barisan Nasional untuk memastikan BN tumbang, diteruskan.

"Perkara ini adalah masalah kecil dan ia akan diselesaikan dalam sedikit masa lagi," katanya pada persidangan berita di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini melaporkan bahawa calon pakatan parti pembangkang berlawanan sesama sendiri di lima kawasan di Perak, Pahang dan Sabah.

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Aulong dan Teja, calon BN dicabar oleh DAP dan Keadilan, manakala di DUN Kuala Kurau, BN dicabar calon PAS dan Keadilan.

Di DUN Damak, calon BN ditentang oleh Keadilan dan PAS sementara di Parlimen Batang Sadong calon BN juga ditentang oleh calon Keadilan dan PAS.

Kesemua pertindihan calon itu melibatkan parti Keadilan.

Pada majlis itu, Kit Siang turut melancarkan bukunya bertajuk "The Budget That Was Never Passed, One More Reason To Smash BN Political Hegemony". -- BERNAMA

Last changed: November 23, 1999